KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi insentif kepada atlet negeri yang berjaya memenangi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 Kuala Lumpur berlangsung pada 16 hingga 24 Sept ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO Negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata tawaran berkenaan dibuat kepada 400 atlet negeri yang akan bertanding di temasya itu.
"Kita akan beri wang tunai kepada mana-mana atlet memenangi emas pada acara yang dipertandingkan. Jumlahnya akan diperincikan kemudian.
"Kita menyediakan peruntukan khas untuk insentif ini bagi meningkatkan semangat atlet untuk bersaing dan mengharumkan nama negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.
Sementara itu, Wan Roslan berkata pihaknya menyasarkan 500,000 warga Kelantan akan hadir sepanjang lima hari sambutan hari belia yang diadakan bermula Jumaat hingga 30 Ogos ini.
"Kita sediakan lebih 40 acara sepanjang karnival ini dan menjemput lebih 50 syarikat swasta untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada belia negeri ini yang mencari pekerjaan.
"Karnival ini bertujuan mendekati golongan belia di peringkat akar umbi supaya kita dapat dengar suara mereka. Kita mahu hapuskan jurang antara pemimpin setempat dengan golongan belia yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022

Wan Roslan berkata, pihaknya menyediakan peruntukan khas untuk insentif itu bagi meningkatkan semangat atlet untuk bersaing dan mengharumkan nama negeri. - Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan
Kerajaan Kelantan telah menghubungi semua pelajar dari negeri ini yang sedang menyambung pengajian di Jordan susulan tindakan Iran melancarkan serangan ke atas Israel.

PRN: PN Kelantan umum calon 27 Julai
Perikatan Nasional (PN) Kelantan dijadual mengumumkan senarai penuh 45 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 27 Julai ini.

Kerajaan Kelantan akur jadi tuan rumah Sukma 2028
Wan Roslan berkata pihaknya juga tidak akan melakukan bantahan terhadap keputusan tersebut.

Kelantan tawar insentif kepada atlet Sukma raih emas
Tawaran dibuat kepada 400 atlet negeri yang akan bertanding di temasya Sukma 2022 Kuala Lumpur.

Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.

Kerja naik taraf Stadium Sultan Muhammad IV siap Ogos
Berikutan kerja naik taraf lampu limpah, kesemua perlawanan Liga Malaysia khususnya Liga Premier melibatkan Kelantan FC dan Kelantan United FC (KUFC) akan diadakan di luar Kelantan.

Kelantan akan bina pusat akuatik patuh syariah sebagai persediaan Sukma 2026
Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM20 juta untuk pembinaan pusat itu yang terletak di Islamic City Centre, Tiong.

Sambutan tahun baharu di Kelantan dalam skala kecil
Sambutan itu bukan acara rasmi sebaliknya diadakan sekadar mengingati "kita sudah bertambah umur".

Projek tebatan banjir Pengkalan Kubur-Pasir Mas siap 70 peratus
Pelaksanaan projek berkenaan dipercepatkan selepas mengambil kira keluhan lebih 8,000 penduduk melibatkan 2,010 rumah di beberapa daerah yang saban tahun berdepan bencana banjir.

Kerja-kerja pembinaan kemudahan Sukma di Kelantan dimulakan tahun depan
Empat kemudahan itu ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome yang menjadi keperluan utama sebagai tuan rumah selain beberapa infrastruktur asas lain.