KOTA BHARU: Stadium Sultan Muhammad IV di sini berwajah baharu setelah kerja-kerja menaik taraf stadium tersebut dilaksanakan dengan menelan belanja RM5.5 juta.
Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.
“Kerja-kerja naik taraf stadium tersebut merangkumi pemasangan lampu limpah baharu yang mematuhi standard Malaysian Football League (MFL).
“Selainnya, baik pulih bilik persalinan pemain dan tandas awam untuk penonton serta pemasangan blok laluan di pintu masuk astaka stadium,” katanya dalam kenyataan di Facebook Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) di sini pada Rabu.
Beliau berkata, kos bagi penukaran empat unit lampu limpah sahaja mencecah RM3.4 juta perlu ditukar segera kerana usianya hampir setengah abad.
Menurutnya, selain peruntukan RM5 juta yang disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan RM400,000 peruntukan di bawah Program Strategik Pemerkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) tahun 2021, kerajaan negeri melalui portfolionya meluluskan RM100,000 lagi untuk menyempurnakan kerja-kerja naik taraf tempat duduk di astaka.
“Tempat duduk penonton di astaka dinaik taraf supaya dapat menampung 1,600 penonton berbanding 1,200 penonton sahaja sebelum ini,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 06 2022
Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu berwajah baharu pada Ogos ini. Gambar kecil: Wan Roslan
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
Padang becak bantu Negeri Sembilan benam Kelantan United 4-0
Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama sejam setengah berikutan air bertakung di atas permukaan padang susulan hujan lebat.
Liga Super: Kelantan United bangkit kecewakan Kuching City
Kelantan United menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa kemenangan untuk kekal di tangga ke-12 liga dengan 11 mata selepas 21 perlawanan.
Kelantan FC tewas kerana faktor kecergasan pemain, kurang persefahaman - Moon Sik
Moon Sik jelas kecewa dengan kekalahan yang dialami skuad The Red Warriors biarpun menguasai permainan.
Kelantan FC tidak kompromi provokasi cetus pergaduhan
Kelantan FC telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut dan siasatan lanjut akan diambil oleh pihak berkuasa.
Perak FC siasat insiden kekecohan di Stadium Sultan Muhammad IV
Perak FC akan membuat siasatan berhubung insiden kekecohan ketika aksi Liga Premier antara pasukan kelab itu dengan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, pada petang Rabu.
Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.
Kerja naik taraf Stadium Sultan Muhammad IV siap Ogos
Berikutan kerja naik taraf lampu limpah, kesemua perlawanan Liga Malaysia khususnya Liga Premier melibatkan Kelantan FC dan Kelantan United FC (KUFC) akan diadakan di luar Kelantan.
Legenda rock, Lefthanded, bakal gegarkan Kelantan Februari 2021
Konsert Lefthanded menerusi Projek Gila membabitkan 16 tempat di seluruh negara.
Kelantan akan bertahan di Kota Bharu bertemu JDT II
JDT ll telah merekodkan jaringan besar sepanjang beraksi pada saingan liga musim ini yang meletakkan pasukan itu berada di tangga teratas liga.
Lebih 2,000 peserta sertai perbarisan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan
Perarakan tersebut, yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian, dirasmikan oleh Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Fiessal.