KOTA BHARU:Kerja-kerja pembinaan empat infrastruktur utama bagi persediaan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Kelantan dijangka dimulakan tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata empat kemudahan itu ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome yang menjadi keperluan utama sebagai tuan rumah selain beberapa infrastruktur asas lain.
"Kami telah melawat negeri-negeri khususnya Johor yang kini sedang menguruskan Sukma ke-20 dan kami baru selesai buat pengurusan nilai melibatkan lokasi-lokasi dan infrastruktur yang kita akan bina di Kelantan.
"Bila siap nanti kita akan majukan kepada jemaah menteri untuk mendapatkan jawapan balas melibatkan berapa banyak kerajaan mampu memberi sumbangan kepada Kelantan dalam persiapan membina infrastruktur berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Seminar Pembangunan Kejurulatihan Bola Sepak Remaja 2020 di sini, hari ini.
Wan Roslan berkata infrastruktur itu dijangka didirikan di atas tanah seluas 60 hektar di Bukit Merbau di Pasir Puteh selain beberapa lokasi lain seperti Kota Bharu dan Jeli.
"Pembinaan itu juga bertaraf antarabangsa termasuklah litar-litar sukan bermotor dan keperluan asas lain seperti asrama dan juga Pejabat Perbadanan Stadium.
"Kerajaan negeri telah membelanjakan RM10 juta untuk membayar tanah rakyat di kawasan Bukit Merbau sebagai langkah awal untuk pembinaan kemudahan sukan itu," katanya.
Katanya, satu sekretariat juga akan ditubuhkan untuk menjadi penggerak dan pemikir bagi pelaksanaan semua infrastruktur yang dirancang.
"Kami telah meminta Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan untuk menyediakan satu pelan pembangunan atlet supaya Kelantan juga turut menjuarai beberapa sukan pilihan dalam Sukma nanti, bukan sekadar menjadi tuan rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020

MSN Kelantan telah diminta menyediakan satu pelan pembangunan atlet supaya Kelantan juga turut menjuarai beberapa sukan pilihan.

Ramai tawar diri tanding Naib Presiden cerminan demokrasi subur dalam PKR - Ramanan
Ramanan berkata hasrat tujuh pemimpin PKR termasuk beliau untuk bertanding jawatan naib presiden setakat ini mencerminkan kesuburan demokrasi dalam parti.
AWANI Tonight | 24 March 2025
#AWANITonight with Farhana Sheikh
- Court rejects bid against AG's appeal on royal addendum order
- Malaysia, China extend giant panda loan agreement
- Court rejects bid against AG's appeal on royal addendum order
- Malaysia, China extend giant panda loan agreement

Kumpulan ketiga 24 rakyat Malaysia yang diselamatkan di Myanmar akan dihantar pulang
Kedutaan di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand dan Kedutaan Malaysia di Yangon.

Usaha sambung gencatan senjata: Mesir hantar cadangan baharu kepada Israel dan Hamas
Mesir menghantar cadangan segera pada Ahad malam kepada pihak yang bertelagah untuk menamatkan perang dan menyambung semula rundingan.

Korea Selatan isytihar tiga lagi daerah sebagai zon bencana khas susulan kebakaran hutan
Pengisytiharan itu membolehkan sokongan menyeluruh oleh kerajaan bagi kawasan terjejas.

Peranan Mohamad Norza berubah di RTG, lindungi daripada ketidakstabilan politik - Hannah
Menurut Hannah, keputusan itu bagi memastikan tiada gangguan kepada program RTG sekiranya timbul isu politik.

Putin, Pemimpin UAE bincang rundingan Rusia-AS mengenai resolusi Ukraine
Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin pada Isnin, perbincangan itu berlangsung dalam satu panggilan telefon antara kedua-dua pemimpin.

Kastam gagalkan cubaan edar dadah bernilai lebih RM1.86 juta
Pengedaran dadah itu menggunakan pelbagai modus operandi termasuk bungkusan berisi pes tomyam disi dengan ganja.
AWANI Tonight: Court rejects bid against ag's appeal on royal addendum order
The Federal Court unanimously dismissed Datuk Seri Najib Razak's objection to the government's appeal on a royal addendum order.
AWANI Tonight: Russia-UAE: Ties strengthen amid shared values and historic bonds
Abu Dhabi’s non-adherence to anti-Russian sanctions reflects strong ties between Presidents Vladimir Putin and Mohammed bin Zayed, says Ravil Gainutdin, Chairman of the Spiritual Administration of Muslims of Russia.

SUKMA 2024: Kerajaan Kelantan beri insentif jika atlet berjaya peroleh pingat
Jumlah sebenar insentif berkenaan akan ditentukan kemudian selepas atlet negeri pulang daripada SUKMA di Sarawak.

Kerja-kerja pembinaan kemudahan Sukma di Kelantan dimulakan tahun depan
Empat kemudahan itu ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome yang menjadi keperluan utama sebagai tuan rumah selain beberapa infrastruktur asas lain.

Penjawat awam dituduh salah guna kuasa
Mohd Shah Nizam Abdul Aziz, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S Indra Nehru.

Sukma: MSN buat rayuan
Perkara itu telah diputuskan dan rayuan akan dibawa ke Majlis Tertinggi Sukma 2018 yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin nanti.

Melaka beri insentif RM3,000 kepada Badrul
Kerajaan Melaka akan memberi insentif berjumlah RM3,000 kepada raja pecut Sekolah ASEAN, Badrul Hisyam Abdul Manap atas kejayaan meraih tiga pingat emas pada Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brun