KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan para pemimpin dunia Islam perlu bertindak lebih agresif dalam menghentikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.
Mengambil contoh ketika Perang Bosnia, beliau berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika itu membenarkan permintaan untuk meletakkan pasukan pengaman, tetapi perkara sama tidak dilakukan di Palestin.
"Tak ada orang yang nak lindung orang Palestin, mereka terdedah kepada pembunuhan. Mereka menunggu dibunuh, anak kecil dalam buaian pun dibunuh... apa jenis manusia ini? Bolehkah dunia tengok?
"Saya telah hilang kepercayaan pada kemanusiaan. Kita kononnya bertamadun, tamadun apa orang kena bunuh kita tengok?," kata Dr Mahathir pada Isnin.
Dr Mahathir berkata demikian dalam episod terbaharu podcast Keluar Sekejap yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.
Mengulas lanjut, beliau berkata ketiadaan tindakan untuk menyekat pembunuhan oleh Israel ke atas Gaza kerana rasa takut kepada Amerika Syarikat (AS).
Ditanya sama ada beliau gembira dengan kepimpinan dunia Islam dalam menangani isu Palestin, Dr Mahathir bagaimanapun enggan mengatakan "ya atau tidak".
Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu memaklumkan pemimpin dunia Islam seharusnya mengambil tindakan yang sepatutnya.
"Saya harap mereka bertindak lah, tak boleh ke (buat) apa-apa... Dulu bila ada masalah, mereka potong bekalan minyak, buat OPEC (Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum)... ada juga tindakan.
"Apa jadi kepada ini? Tetapi mereka terus jual minyak dan lakukan dagangan (dengan Israel)," tambah Dr Mahathir.
Dalam masa yang sama, Dr Mahthir berkata beliau tidak menjangkakan bahawa negara Islam boleh menormalisasikan hubungan dengan Israel, seperti mana yang berlaku pada masa ini.
Sementara itu menjawab soalan Khairy mengenai apa tindakan jika Dr Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri dan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC, beliau berkata:
"Saya akan beritahu mereka (OIC) untuk menyokong Hamas dan Palestin serta mengambil tindakan untuk menghentikan Israel daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai.
"Ini bukan satu benda yang dihalalkan, (tetapi) ia satu jenayah yang cukup besar."
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan di Riyadh, Arab Saudi bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 13 2023
Mengambil contoh ketika Perang Bosnia, Tun Mahathir berkata, ketika itu PBB membenarkan permintaan untuk meletakkan pasukan pengaman, tetapi perkara sama tidak dilakukan di Palestin. - Gambar fail/Bernama
Malaysia, Indonesia komited angkat kekuatan ekonomi kedua negara - PM
Kerjasama sektor digital yang menjadi teras transformasi ekonomi masa depan adalah antara isu yang akan dibincangkan.
EPL: West Ham pecat Julen Lopetegui
Pemecatan itu susulan kekalahan West Ham 1-4 kepada Manchester City minggu lalu dengan The Hammers kini menduduki tangga ke-14 EPL.
AWANI Ringkas: Bincang isu kerjasama dua hala
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10.15 pagi.
[TERKINI] Majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia 2025
Ikuti majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The Economy: KRI Report: Searching for the ‘Poor’ and ‘Middle Class’ in Malaysia
Join Ibrahim Sani on The Economy as he hosts a special panel discussion with Gregory Ho, Research Associate at KRI, and Dr. Suraya Ismail, Director of Research at KRI. They delve into the latest KRI report, exploring the definitions and realities of the 'poor' and 'middle class' in Malaysia. Gain insights into the socio-economic landscape and policy implications for the nation's future.
KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara
Hasil siasatan awal mendapati identiti mangsa tidak diketahui identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.
“Tidak boleh bawa hal remeh yang boleh mengancam negara” - PM
Perdana Menteri bertegas mengambil peluang mengangkat martabat ekonomi negara dengan pengurusan ekonomi yang baik, meningkatkan usaha dan menjalinkan kerjasama.
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Menurut sumber, semua suspek berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 dan 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang pada Rabu.
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.