SEREMBAN: "Semua orang akan mati, tapi bagi saya apa yang berlaku kepada emak saya itu kejam".
Demikian luah Asri Mazlan, 49, iaitu anak kepada Datin Noraida Nordin, 75, yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini pada Jumaat.
Asri mengetahui kejadian itu selepas bapa menghubunginya kira-kira jam 6 petang memberitahu tidak mengetahui keadaan emak.
"Ayah saya tak nampak kerana dia ada penyakit glaukoma. Jadi dia minta tolong jiran untuk hubungi saya.
"Saya terus bergegas ke rumah ayah dan sebaik sampai didapati emak dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas sofa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang membuat pemeriksaan," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar di sini pada Sabtu.
Asri berkata, bapanya berusia 82 tahun memaklumkan, sebelum kejadian itu dia mendakwa ada seorang sepupu lelakinya datang ke rumah untuk meminjam wang.
Tambahnya, ia merupakan kali ketiga lelaki terbabit datang atas tujuan sama.
"Kali pertama ayah ada bagi duit dan kami anak-anak pun dah menasihatkan ayah supaya jangan lagi beri pinjam wang.
"Saya ada cuba hubungi sepupu saya itu untuk tanya hal yang berlaku, tapi dia tak jawab," ujar Asri.
Jelas Asri, dia menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang memburukkan lagi keadaan.
Difahamkan, jenazah Noraida akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chembong, Rembau
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat berhubung kematian wanita berusia lingkungan 70-an itu pada jam 8.25 malam.
BACA: Datin ditemui maut dalam rumah dengan kesan kecederaan
Menurutnya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, Nanda berkata, polis meminta individu bernama Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, dengan alamat terakhir di Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 25 2022

Kelihatan ahli keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. - Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bekas Ahli Parlimen Rembau pertama meninggal dunia
Bekas Ahli Parlimen Rembau yang pertama, Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun, 73, meninggal dunia kira-kira 12.50 tengah hari tadi.

Reman suspek kes kematian Datin disambung
Majistret membenarkan permohonan sambung reman ke atas suspek berusia 45 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut terus dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis tahan suspek bunuh wanita warga emas di Taman Paroi Jaya
Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya Seremban.

Ahli keluarga, jiran beri keterangan bantu siasatan kematian wanita warga emas
Polis merekodkan keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Paroi Jaya minggu lepas.

'Kejam, apa yang berlaku kepada mak'
Sebelum kejadian itu dia mendakwa ada seorang sepupu lelakinya datang ke rumah untuk meminjam wang.