SEREMBAN: Reman suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan seorang wanita bergelar Datin di Taman Paroi Jaya di sini pada 23 September lalu disambung tujuh hari lagi bermula Sabtu.
Majistret Mahkamah Seremban, Mohamad Firdaus Salleh membenarkan permohonan sambung reman ke atas suspek berusia 45 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut terus dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Reman terhadap suspek disambung bermula 15 hingga 21 Oktober ini.
Suspek ditahan kira-kira jam 1 petang di pondok tepi jalan, Batu 4, Jalan Port Dickson-Teluk Kemang, Port Dickson pada 8 Oktober.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga emas bergelar Datin berusia 75 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini pada 23 September lalu.
Kejadian pada jam 8.25 malam itu berlaku ketika Datin Noraida Nordin, 75, tinggal bersama suaminya yang merupakan bekas ahli perniagaan bergelar Datuk. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 14 2022

Majistret membenarkan permohonan sambung reman ke atas suspek berusia 45 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut terus dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Reman suspek kes kematian Datin disambung
Majistret membenarkan permohonan sambung reman ke atas suspek berusia 45 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut terus dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.