SEREMBAN: Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya dekat sini, pada 23 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah pondok tepi jalan di Batu 4 Jalan Port Dickson-Teluk Kemang dekat sini, pada kira-kira pukul 1 tengah hari, selain merampas barangan kemas milik mangsa yang ditemukan bersama suspek.
"Polis percaya dengan tertangkapnya lelaki ini, kes tersebut telah diselesaikan. Polis mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat orang ramai sehingga tertangkapnya suspek," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek akan direman sehingga 14 Okt bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Media sebelum ini melaporkan mayat mangsa yang berusia 75 tahun itu ditemukan pada 8.25 malam dengan kesan kecederaan pada anggota badan di rumahnya di Jalan Kedidi 7, Taman Paroi Jaya dekat sini, 23 Sept lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022

Nanda berkata suspek akan direman sehingga 14 Okt bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Fail BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Bunuh warga emas: Suspek dituduh di Mahkamah Selayang esok
Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki membunuh seorang warga emas pada 23 Nov lepas, akan dituduh di Mahkamah Selayang esok.

Empat sahabat dituduh bunuh warga emas
Empat sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling hari ini, atas tuduhan membunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Kuala Ketil 1 Oktober lalu.

Buruh warga Myanmar didakwa bunuh penjual buah warga emas
Seorang buruh warga Myanmar didakwa atas pertuduhan membunuh seorang penjual buah warga emas di sebuah rumah di Taman OUG, Brickfields.

Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.

Pasangan kekasih didakwa bunuh warga emas ditemui mati dalam longkang
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di tepi jalan di Ayer Keroh, April lalu.

Warga emas maut dipukul selepas tegur anak buat bising
Seorang wanita warga emas maut dipukul dengan senjata dipercayai pisau dan kapak selepas menegur anaknya yang membuat bising di rumah mereka di Taman Temiang, di sini pada Ahad.

Suami isteri direman kes bunuh warga emas
Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang semalam.

Penganggur dituduh bunuh warga emas
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas di Kulim, pada 5 Oktober lalu.

Gelandangan kudung tangan didakwa bunuh warga emas
Seorang lelaki gelandangan yang kudung tangan kanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga emas.

Polis tahan suspek bunuh wanita warga emas di Taman Paroi Jaya
Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya Seremban.