BENTONG: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat di sini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, suspek tersebut adalah anak bongsu mangsa dan semakan awal mendapati suspek memiliki kad orang kurang upaya (OKU) lembam pembelajaran.
Menurutnya, pada Ahad lalu, kira-kira jam 11 pagi, pihak polis telah menerima satu laporan polis mengenai seorang lelaki warganegara tempatan berusia 64 tahun tahun ditemui terbaring di atas lantai di sebuah rumah flat di sini.
"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk kesan terbakar.
"Isteri mangsa bersama anak kedua mangsa iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun berada di Kuala Lumpur atas urusan perubatan di salah sebuah hospital di ibu kota sejak 19 Jun lalu.
"Mangsa telah ditinggalkan bersama anak bongsunya berusia 22 tahun di rumah tersebut," kata beliau dalam kenyataan pada Selasa.
Ujar beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kita memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Bentong di talian 09-2222222," tambah beliau. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 27 2023

Pada Ahad pihak polis menerima satu laporanmengenai seorang lelaki berusia 64 tahun tahun ditemui terbaring di atas lantai di sebuah rumah flat di Bentong. - Gambar fail/Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes bunuh, bakar empat sekeluarga: Mahkamah Tinggi ketepi pembebasan lelaki OKU
Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pembebasan seorang lelaki OKU daripada tuduhan bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Lelaki OKU tak mengaku rompak guna pistol tiruan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) didakwa atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol tiruan.

OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.

Perselisihan faham lama punca OKU disimbah air panas - Polis
Perselisihan faham lama dipercayai punca seorang wanita menyimbah seorang lelaki OKU dengan air panas dalam kejadian di dalam sebuah lif di Bayan Lepas.

Identiti lelaki rentung terbakar di Merbok sudah dikenal pasti
Mangsa yang berusia 60-an merupakan lelaki tempatan dan OKU hasil pengesahan ahli keluarganya.

Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.

Lelaki OKU dipercayai cederakan individu tak bayar gaji, ditahan
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dan kini dirawat di HSA Johor Bahru kerana mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan telinga.

Lelaki OKU mangsa pemerdagangan di Myanmar rayu diselamatkan
Pemuda OKU yang dikenali sebagai Ah Choong itu merayu kepada kerajaan agar diselamatkan dengan segera.

Lelaki OKU hilang ditemukan selamat
Mangsa yang berusia lewat 40-an tahun itu ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi oleh orang awam di kawasan Felda terbabit.

Penantian 25 tahun lelaki OKU miliki MyKad berakhir hari ini
Hazbillah hanya ada Sijil Beranak kerana dahulu keluarganya tidak mempunyai kenderaan untuk membawanya mendaftar kad pengenalan di JPN.