IPOH: Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran yang mahu dikenali sebagai Ah Choong, 22, yang terkandas di Myanmar sejak Disember lepas akibat ditipu sindiket pekerjaan di media sosial yang menjanjikan gaji lumayan, merayu kepada kerajaan agar diselamatkan dengan segera.
Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali sebagai Ah Lee, 48, berkata dia mula menyedari tentang kejadian itu selepas dia menerima notifikasi transaksi yang tidak kenali sebanyak 55 kali pada telefon miliknya sebanyak RM90,104 ke dalam akaun bank anak buahnya dalam masa dua hari yang disyaki disalahgunakan oleh sindiket penipuan pada 27 April lepas.
"Sejak pertengahan Mac lalu, kami mengambil maklum tentang kehilangan Ah Choong dari Ipoh bersama teman wanitanya yang menetap di Kedah sehinggalah saya berjaya menghubunginya pada minggu lepas dan dia meminta wang pampasan untuk kembali pulang ke Malaysia," katanya pada sidang media bersama ahli keluarga mangsa pemerdagangan manusia di Bangunan MCA Perak di sini hari ini.
Menurutnya demi mengambil langkah bertanggungjawab, dia memegang pasport milik anak saudaranya itu agar tidak hilang atau disalahgunakan oleh orang lain namun ajen syarikat tersebut bertindak membuat laporan polis tentang kehilangan pasport mangsa untuk menggantikan yang baharu lalu membawanya ke Myanmar.
"Dia kata kad bank miliknya telah dirampas dan dia telah dipukul sebelum dibawa menaiki pesawat ke negara itu untuk bekerja dengan bayaran kira-kira USD7,000 setiap bulan, namun dimaklumkan bakal dipindahkan ke syarikat lain kerana tugasnya sebagai khidmat pelanggan tidak begitu baik," kata Ah Lee dan menambah telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh di sini pada Rabu lepas supaya mangsa dapat diselamatkan pihak berkuasa.
Selain itu, seorang lagi mangsa pemerdagangan manusia yang hanya ingin dikenali sebagai Ah Meng, 32, yang dihubungi melalui laman sosial Facebook berkata dia terkandas di Kemboja sejak lima bulan lalu selepas dijanjikan pekerjaan sebagai pekerja judi (kasino) tetapi malangnya diupah untuk menjadi penipu dalam talian.
"Saya ditempatkan bersama tujuh orang mangsa warga China dan Thailand dalam satu bilik. Saya amat takut kerana tidak mempunyai wang sebanyak AS$13,000 sebagai pampasan untuk pulang ke tanah air," katanya ketika dihubungi bapanya dari MCA Perak secara panggilan video menerusi Facebook sebentar tadi.
Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Madam Lee, 60, turut memohon agar kerajaan membantu membawa pulang anak sulungnya, Ah Kit, 34, (bukan nama sebenar) ke tanah air selepas didapati hilang sejak Februari lepas dan dikesan menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Bangkok, Thailand.
"Sebelum ini anak lelaki saya itu bekerja di Kuala Lumpur sebagai pelayan dan sering menghantar wang belanja kepada saya di sini namun kini, saya hanya boleh berhubung dengannya melalui aplikasi Messenger di Facebook dan dikawal oleh pihak sindiket," katanya sambil menambah laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga di Balai Polis Pekan Baru di sini pada 29 Mac lepas.
Dalam pada itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak Low Guo Nan berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) harus memandang isu ini dengan amat serius kerana masalah penipuan tawaran peluang pekerjaan dilihat semakin menjadi-jadi pada masa kini.
"MCMC perlu memastikan hantaran iklan pekerjaan sebegini di media sosial ditapis dan dipadam agar dapat mengurangkan kejadian pemerdagangan manusia berulang dan menjerat lebih banyak mangsa. Saya percaya kes pemerdagangan manusia didalangi sindiket tempatan," tambahnya.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang melakukan semakan ke atas laporan-laporan yang dibuat oleh keluarga mangsa untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
Sidang media bersama ahli keluarga mangsa pemerdagangan manusia di Bangunan MCA Perak hari ini. - Foto Sinar Harian
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Kes bunuh, bakar empat sekeluarga: Mahkamah Tinggi ketepi pembebasan lelaki OKU
Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pembebasan seorang lelaki OKU daripada tuduhan bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Lelaki OKU tak mengaku rompak guna pistol tiruan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) didakwa atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol tiruan.
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
Perselisihan faham lama punca OKU disimbah air panas - Polis
Perselisihan faham lama dipercayai punca seorang wanita menyimbah seorang lelaki OKU dengan air panas dalam kejadian di dalam sebuah lif di Bayan Lepas.
Identiti lelaki rentung terbakar di Merbok sudah dikenal pasti
Mangsa yang berusia 60-an merupakan lelaki tempatan dan OKU hasil pengesahan ahli keluarganya.
Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.
Lelaki OKU dipercayai cederakan individu tak bayar gaji, ditahan
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dan kini dirawat di HSA Johor Bahru kerana mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan telinga.
Lelaki OKU mangsa pemerdagangan di Myanmar rayu diselamatkan
Pemuda OKU yang dikenali sebagai Ah Choong itu merayu kepada kerajaan agar diselamatkan dengan segera.
Lelaki OKU hilang ditemukan selamat
Mangsa yang berusia lewat 40-an tahun itu ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi oleh orang awam di kawasan Felda terbabit.
Penantian 25 tahun lelaki OKU miliki MyKad berakhir hari ini
Hazbillah hanya ada Sijil Beranak kerana dahulu keluarganya tidak mempunyai kenderaan untuk membawanya mendaftar kad pengenalan di JPN.