PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkenalkan inisiatif Jualan Sukan Rahmah (JSR) 2023 dengan penglibatan 10 syarikat peruncitan sukan bermula Sabtu ini sehingga 15 Okt depan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata jualan yang akan dibuat secara fizikal dan maya itu adalah bersempena sambutan Hari Malaysia ke-60, Sabtu ini dan Hari Sukan Negara pada 14 Okt.
Beliau berharap, jualan barangan sukan dengan harga murah dan berpatutan yang diinspirasikan daripada Menu Rahmah hasil cetusan idea Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub itu, mampu meningkatkan penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
"Secara tidak langsung, penglibatan lebih ramai rakyat dalam kegiatan sukan akan melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, selari dengan Visi Sukan Negara 2030 iaitu Malaysia mencapai status Negara Bersukan menjelang tahun 2030," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran JSR di sini, hari ini.
Kesemua 10 syarikat terlibat ialah Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd di semua 187 cawangan, Gatti (M) Sdn Bhd (27); Leonian (Malaysia) Sdn Bhd (20); MST Golf Group Berhad (1); Team Delta Rovers Malaysia Sdn Bhd (1); dan Maxx Sports Sdn Bhd (2).
Selain itu, ialah Original Classic Holdings Sdn Bhd (71); Hakka Clo Plt (1); Pro Apparel Group Sdn Bhd (1); dan Decathlon Malaysia Sdn Bhd (14 cawangan).
Hannah berkata seterusnya beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak industri sukan yang menyediakan servis, fasiliti atau gelanggang sukan dengan kos yang berpatutan supaya orang ramai mampu menggunakannya.
"Laporan tinjauan perbelanjaan isi rumah 2019 menunjukkan kos peralatan sukan renang, baju renang dan gogal hanya sekitar RM150, berbanding kos kelas renang RM200-300 bagi empat sesi di sekitar Lembah Klang. Hanya beberapa aktiviti seperti memanah, ekuestrian dan menembak memerlukan kos signifikan untuk peralatan.
"Tetapi bagi acara lain yang banyak diceburi kanak-kanak dan orang awam memerlukan kos lebih tinggi untuk kelas latihan dan jurulatih. Pengurangan kos penting untuk galak penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti sukan supaya kita mempunyai pembangunan bakat sukan, kalau tidak, mereka hanya bermain ikut suka hati tanpa hala tuju," katanya.
Sebelum ini Hannah telah mencadangkan supaya kos latihan sukan diberi pelepasan cukai pada Belanjawan 2024, yang bakal dijangka dibentangkan pada bulan depan.
Semalam, Litar Antarabangsa Sepang telah memperkenalkan tiket Rahmah serendah RM49.90 bagi menyaksikan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Malaysia 2023, November ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berucap pada Majlis Jualan Sukan Rahmah Rancakkan Sambutan Hari Sukan Negara 2023 hari ini. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.