PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memastikan pembangunan belia dan sukan secara holistik terus terjamin antara kerajaan Persekutuan dengan negeri menerusi Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri.
Menterinya, Hannah Yeoh optimis kerjasama antara kedua-dua pihak dapat dicapai selepas mengadakan semula mesyuarat itu yang kali terakhir dipengerusikan pada 2018 oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Yeoh berkata mesyuarat itu akan diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun bertujuan membolehkan kementerian mengenal pasti selain membincangkan isu-isu semasa belia dan sukan di peringkat akar umbi serta memperakukan cadangan tindakan dalam usaha meningkatkan pembangunan belia dan sukan.
"Selain itu, saluran komunikasi yang wujud ini satu manifestasi identiti dan hala tuju Kerajaan Perpaduan yang jelas mahukan penglibatan kerajaan negeri bagi membangunkan masa depan Malaysia bersama," katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat itu di Menara KBS di sini hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim; Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfren Angin serta semua Exco Belia dan Sukan negeri kecuali Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Hannah Yeoh optimis kerjasama antara kedua-dua pihak dapat dicapai selepas mengadakan semula mesyuarat itu yang kali terakhir dipengerusikan pada 2018 oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Gambar fail/BERNAMA
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.