ALOR SETAR: Seramai 22 individu memanfaatkan kebenaran merentas negeri Kedah selepas ia beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) awal bulan lalu, dengan mengadakan aktiviti kembara berbasikal.
Tiga pasukan memulakan pengembaraan tiga hari malam tadi, dijangka menempuh perjalanan sejauh hampir 800 kilometer dari sini ke Tanjung Piai di Johor.
Mereka mewakili kelab Jitra Cycling Team (JCT), Padang Terap Cycling Group (PTCG) dan Geng Kuala Cycling Club (GKCC), yang turut menyertai Komuniti Polis sejak setahun yang lalu.
Presiden GKCC Aziz Abdullah berkata, objektif utama kayuhan kali ini adalah untuk memupuk semangat ukhwah di kalangan peserta yang telah lama terjalin.
Di samping itu, dengan pemilihan lokasi dan jarak kayuhan berbeza dari kebiasaan, ia juga bermatlamat mendekatkan polis dan masyarakat menerusi sukan berbasikal.
Katanya, melalui kayuhan ini, mereka akan memberi penerangan kepada penduduk setempat tentang jalinan antara polis dan masyarakat agar indeks jenayah dapat dikurangkan.
Terdahulu, semua peserta yang berusia antara 14 tahun dan 50 tahun itu membuat persiapan dari segi mental dan fizikal, termasuk berlatih mengayuh selama sebulan untuk mendapat stamina.
Jelas Aziz, sebelum ini mereka pernah mencipta rekod melakukan kayuhan ke Teluk Senangin di Lumut, Perak dan KLCC di Kuala Lumpur.
"Kami akan cuba secepat yang mungkin. Kami akan minimakan rehat kami. Dijangka kami mungkin akan sampai ke Tanjung Piai tengah hari Ahad.
"Kami akan rehat lebih kurang tiga atau empat jam di Teluk Intan untuk kayuhan kali pertama, dan selepas itu kami akan sambung ke Melaka.
"Selepas tiga, empat jam di Melaka, kami akan langsung ke Tanjung Piai," katanya ketika ditemui malam tadi.
Sementara itu, Presiden Padang Terap Cycling Group merangkap Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan (KBPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, Inspektor Mohd Nazro Hissam Abdullah berkata, peluang seperti ini mendekatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat.
Katanya, ini merupakan objektif utama kewujudan Komuniti Polis iaitu menarik golongan remaja untuk sama-sama mencegah jenayah di kawasan kejiranan.
"Golongan muda di Kedah ini ada aktiviti untuk dibuat selain daripada melepak tanpa tujuan. Hujung minggu pun kadang-kadang kita berbasikal.
"Maknanya, hampir setiap minggu, setiap malam, kita ada acara. Jadi, kita seru remaja-remaja ini untuk sertai kita," katanya.
Terdahulu, kumpulan ini dilepaskan di Dataran Alor Setar pada jam 10 malam.
Sepanjang kayuhan, mereka akan dibantu dengan kawalan marshal PDRM.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Dec 10 2021
Presiden GKCC Aziz Abdullah berkata, objektif utama kayuhan kali ini adalah untuk memupuk semangat ukhwah di kalangan peserta yang telah lama terjalin. - Foto Astro AWANI
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Upah RM5,000 hantar dadah hampir RM2 juta dari Semenanjung ke Miri
Dua suspek itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Kanak-kanak lelaki 2 tahun 7 bulan maut diserang anjing liar di Semporna
Polis membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini.
Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.
Tular hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek
Pihak polis akan rakam keterangan suspek dalam masa terdekat memandangkan lelaki itu sedang dapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.
Rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine masih hidup - KPN
Lee, 20, mengalami kecederaan di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan.
Remaja autistik ditemukan lemas di jeti Marina Bay
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung sekitar 7.30 pagi.
Lelaki mati dibunuh, isteri antara empat ditahan bantu siasatan
Polis terima laporan daripada isteri mangsa pada hari kejadian dengan mendakwa suaminya meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh.
Pekerja ladang ditemukan lemas ketika cari kupang
Mangsa dijumpai penduduk kampung sekitar 6.30 petang, kira-kira tiga batu dari muara Sungai Balok.
Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.
79 senjata tajam dirampas di rumah Tabib Adam
Polis turut menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai anak kandung kepada pengasas perubatan itu.