Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kajian semula dibuat berhubung struktur industri hiburan yang tidak memberi pulangan adil kepada artis tanah air.
Najib berkata beliau akan meminta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) mengemukakan cadangan bernas untuk membantu kerajaan membuat keputusan bagi membantu mewujudkan industri hiburan yang adil dan seimbang.
"Saya difahamkan ada penyanyi dan pelakon yang dapat royalti yang agak kecil dan pihak lain dapat pulangan yang agak besar, pada hemat saya, keadaan ini tidak seimbang dan tidak adil kepada seniman tanah air, ia perlu diperbetulkan," katanya ketika melancarkan YA1M di ibu negara malam tadi.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Rais, Presiden YA1M Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave dan Penasihat YA1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Najib berkata kajian juga perlu berhubung pelaksanaan skim insurans perlindungan terhadap seniman untuk membantu mereka sekiranya jatuh sakit.
"Kalau jatuh sakit, sakit yang sebenar bukan sakit dalam filem, kita tak naklah terpaksa minta sedekah pada orang, sepatutnya para artis ada perlindungan yang sepatutnya ketika sakit," katanya.
Selain itu, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi suntikan dana sebanyak RM2 juta kepada YA1M tahun ini, dan RM3 juta pada tahun depan bagi membolehkan yayasan tersebut melaksanakan aktivitinya.
Najib berkata dengan penubuhan YA1M dan sokongan daripada kerajaan, masa depan artis tanah air akan mendapat pembelaan yang lebih baik.
Beliau berkata artis dilihat sebagai ikon, tetapi hanya sebahagian kecil sahaja masyarakat yang faham bahawa hakikatnya, mereka juga merupakan insan biasa yang mempunyai keadaan pasang surut, turun naik serta suka duka sebagai anak seni.
"Keadaan ini tentulah lebih rumit lagi, mungkin lebih mencengkam kepada kehidupan apabila seorang seniman itu melewati umur yang boleh dianggap sebagai umur yang boleh mempertahankan kedudukan sebagai seorang seniman popular.
"Dalam keadaan bila dah hampir senja, tentu tekanan hidup akan terasa sehingga mereka tidak mampu buat persediaan untuk hari muka mereka apabila menjadi warga emas dalam masyarakat," katanya.
Najib memberi contoh kisah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang tidak mampu meninggalkan harta menimbun setelah kembali ke rahmatullah walaupun beliau seorang seniman yang agung.
Beliau berkata semoga dengan berkat sokongan artis dan seniman terhadap penubuhan yayasan ini, kerajaan yang ada hari ini dapat kekal memimpin negara ke arah masa depan lebih baik.
"Kalau sokong kerajaan hari ini, saya jamin pengkisahan yang manis bagi rakyat," katanya.
Bernama
Mon Nov 12 2012
![Kaji semula struktur industri hiburan agar adil Kaji semula struktur industri hiburan agar adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/81352684761_120x90.jpg)
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722070700_Tax.jpg)
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
![G20 setuju kenakan cukai 15% ke atas keuntungan firma besar G20 setuju kenakan cukai 15% ke atas keuntungan firma besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635641279_Worldleaders.jpg)
G20 setuju kenakan cukai 15% ke atas keuntungan firma besar
Keputusan ini susulan kebimbangan firma besar mengalihkan keuntungan mereka ke wilayah dengan kadar cukai rendah.
![Institusi kewangan Islam, cendekiawan syariah berperanan penting dalam pemulihan COVID-19 Institusi kewangan Islam, cendekiawan syariah berperanan penting dalam pemulihan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615435605_TBDzulkifliMohamadA.jpg)
Institusi kewangan Islam, cendekiawan syariah berperanan penting dalam pemulihan COVID-19
Kewangan Islam perlu memastikan aspek seperti perkhidmatan kewangan dapat menambah nilai serta menghasilkan impak positif ke atas ekonomi dan kemaslahatan masyarakat.
![Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61596552149_TBARWAHADIB.jpg)
Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, penelitian lanjut termasuk melakukan pelbagai proses siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat.
![Ubah fakta sejarah perbuatan jenayah intelek, keilmuan - Sultan Nazrin Ubah fakta sejarah perbuatan jenayah intelek, keilmuan - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601531428_SultanNazrinShah.jpg)
Ubah fakta sejarah perbuatan jenayah intelek, keilmuan - Sultan Nazrin
Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikia
![Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597210079_KetuaPolisNegara.jpg)
Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN
Beliau berkata pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berlaku adil dan menyiasat terlebih dahulu dakwaan salah laku pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh berhubung isu perjudian itu.
![Tiada diskriminasi dalam pengendalian COVID-19 - KP Kesihatan Tiada diskriminasi dalam pengendalian COVID-19 - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81594037731_NoorHisham.jpg)
Tiada diskriminasi dalam pengendalian COVID-19 - KP Kesihatan
Tiada diskriminasi berdasarkan kerakyatan sama ada warga tempatan, pendatang asing yang masuk secara sah atau tanpa dokumen kerana semua mereka disaring dan menerima rawatan yang sama di hospital.
![Amanah gesa SPRM bersikap profesional siasat Setiausaha Politik Mat Sabu Amanah gesa SPRM bersikap profesional siasat Setiausaha Politik Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441188638_DRHATTARAMLI.jpg)
Amanah gesa SPRM bersikap profesional siasat Setiausaha Politik Mat Sabu
Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Hatta Md Ramli menjelaskan pihaknya yakin Mohd Azhar mampu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM
![PN perlu segera cari formula agih kerusi PRU-15 - Rahim Tamby Chik PN perlu segera cari formula agih kerusi PRU-15 - Rahim Tamby Chik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41593957268_RahimTambyChik.jpg)
PN perlu segera cari formula agih kerusi PRU-15 - Rahim Tamby Chik
Perikatan Nasional (PN) perlu mencari formula pembahagian kerusi yang adil dan saksama bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).