KUALA LUMPUR: Kalangan institusi kewangan Islam dan cendekiawan Syariah memainkan peranan penting dalam menyumbang pelbagai agenda serta kaedah bermakna bagi menjayakan proses pemulihan pandemik COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata kewangan Islam misalnya perlu memastikan aspek seperti perkhidmatan kewangan dapat menambah nilai serta menghasilkan impak positif ke atas ekonomi dan kemaslahatan masyarakat secara amnya dalam memenuhi tuntutan Islam dengan prinsip Syariah Islam digunapakai dalam pelaksanannya.
"Dalam menangani impak COVID-19, saya penuh yakin bahawa nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan syarak merupakan asas pertimbangan penting bagi kerajaan dan industri kewangan Islam secara bersama (untuk) mengambil langkah mencapai tuntutan Maqasid Syariah yang menekankan kesejahteraan agama, kehidupan, akal, keturunan dan harta," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2021 ke-14 yang diadakan secara maya, di sini, pada Khamis.
Muzakarah tersebut diadakan bersempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) Ke-16 yang bermula pada 9 Mac lepas.
Menjelaskan selanjutnya, Zulkifli menegaskan bahawa di Malaysia, tuntutan memenuhi Maqasid Syariah merupakan asas pertimbangan bagi beberapa keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
"Misalnya, institusi perbankan Islam tidak dibenarkan mengambil kira keuntungan terakru bagi pembiayaan sedia ada dalam penentuan amaun prinsipal yang baharu merangkumi pembiayaan yang distruktur atau dijadual semula.
"Institusi perbankan Islam juga diingatkan supaya bersikap adil serta prihatin dalam berurusan dengan pelanggan serta perihal penentuan kadar keuntungan.
"Semua ini bertujuan meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelanggan dan rakyat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19," katanya.
Menurut Zulkifli, beberapa inisiatif produk muamalat agensi agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah seperti Inisiatif Waqaf dan Tabung Musaadah COVID 1.0 dan 2.0.
Inisiatif Waqaf merangkumi perkhidmatan wakaf kepada pemegang unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) manakala wakaf air telah mencecah kutipan RM223,461 setakat 31 Januari 2021.
Selain itu, Tabung Musaadah COVID 1.0 dan 2.0 pula berjaya menyalurkan sejumlah RM363.5 juta kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19 setakat November 2020, kata beliau.
Mengulas mengenai muzakarah yang bertemakan 'Kewangan Islam Ke Arah Penyelesaian Ekonomi Semasa", Zulkifli menyifatkan topik perbincangan seperti kewangan sosial Islam, takaful ketika COVID-19, fatwa-fatwa semasa kewangan Islam dan hala tuju kewangan Islam, amat wajar diperincikan serta sesuai dengan latar belakang ekonomi dan COVID-19 yang dihadapi sekarang.
"Kewangan Sosial Islam yang semakin popular serta selari dengan sistem kewangan moden di kebanyakan negara-negara Islam termasuk Malaysia, sewajarnya diperluas seperti perkembangan sistem kewangan Islam dan perbankan Islam.
"Sudah tentu usaha-usaha bersepadu pihak regulasi (pengawalseliaan) seperti BNM, SC, industri kewangan Islam dan cendekiawan kewangan Islam memperluaskan agenda Kewangan Sosial Islam juga sekali gus dapat melonjakkan sistem muamalat Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021

ZULKIFLI: Institusi perbankan Islam diingat supaya bersikap adil serta prihatin dalam berurusan dengan pelanggan serta perihal penentuan kadar keuntungan. - Gambar fail

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dr Zulkifli nasihat pasangan bercerai elak buka aib, jangan cederakan emosi anak
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.

Zulkifli Al-Bakri umum peletakan jawatan sebagai Pengerusi The Noor
Katanya, keputusan dibuat selepas pertimbangan mendalam dan mengambil kira pelbagai faktor relevan terhadap tanggungjawab dan masa hadapannya.

Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.

Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.

Viral resipi kurma campur mentega untuk berbuka puasa, ini penjelasan Zulkifli Al-Bakri tentang khasiatnya
Bila sebut sahaja tentang Ramadan, buah kurma semestinya sesuatu makanan yang sinonim dan paling banyak disajikan ketika sahur mahupun berbuka puasa.

Rolex kesayangan Dr Zul berpindah tangan, lelaki dari Pasir Gudang jadi pemilik baharu
Lelaki itu membida jam tangan mewah berkenaan pada harga RM135,000 tujuh minit sebelum tempoh bidaan ditutup.

Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.

Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000
Menerusi ruangan komen di Instagram, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat jam 9.31 malam Isnin.

Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli
Perbahasan mengenai perkara itu dihuraikan panjang lebar menerusi artikel terbaharu Zulkifli menerusi laman web Maktabah Albakri.

Tahi cicak tak batalkan wuduk - Dr Zulkifli
Wuduk seseorang yang terkena najis masih sah dan tidak terbatal serta dia tidak perlu mengulanginya.