BALING:Kerajaan memberi jaminan satu siasatan yang lebih adil akan dijalankan berhubung kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim agar tindakan sewajarnya dapat diputuskan kelak.
Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, penelitian lanjut termasuk melakukan pelbagai proses siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat.
"Macam mana pun, kerajaan beri jaminan kes Allahyarham Adib ini dapat diambil tindakan sewajarnya.
"Buat masa ini, seperti kita sedia maklum, keluarga Adib juga mengambil tindakan sivil terhadap kerajaan, ini pun kita akan bincang supaya kerajaan mencari jalan penyelesaian terbaik yang adil bagi keluarga Adib," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan bersama Datuk Bandar dan Yang Di Pertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah di Pejabat Daerah Baling, pada Ahad.
Tambahnya, setakat ini, tiada sebarang inkues terbaharu akan dibuat dan perkara berkenaan telah diumumkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, baru-baru ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara masih belum menerima sebarang laporan baharu berhubung siasatan kes berkenaan.
Bagaimanapun, Takiyuddin menegaskan bahawa pihak polis akan melaksanakan penelitian lanjut agar kes berkenaan dapat diambil tindakan lanjut.
Pada Selasa, keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim melahirkan rasa hairan dengan siasatan polis yang masih menjurus punca kematian arwah, sedangkan Mahkamah Koroner sudah membuat keputusan mengenainya.
Ia susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat pada Isnin, yang menyatakan bahawa siasatan polis terhadap penyebab kematian Muhammad Adib di peringkat akhir dan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.
Bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64 tahun menegaskan bahawa siasatan seharusnya menjurus untuk mencari penjenayah yang menyebabkan kematian Adib selepas dua tahun kejadian itu berlaku.
Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Muhammad Adib berikutan terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan.berhubung kematian anggota bomba dan penyelamat itu.
Abdul Hadi Che Awang
Sun Dec 20 2020
Takiyuddin menjelaskan, setakat ini, tiada sebarang inkues terbaharu akan dibuat dan perkara berkenaan telah diumumkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, baru-baru ini. - Gambar fail
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Kes saman Waytha Moorthy terhadap Lokman Adam berhubung kematian Adib, selesai
Peguam yang mewakili Waytha Moorthy, Annou Xavier berkata terma perintah persetujuan itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Keluarga Muhammad Adib tarik rayuan, tidak mahu panjangkan kes
Pihak keluarga Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Tommy Thomas dan AGC selesai dan tamat di sini.
Koroner ada kuasa dengar prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara - Mahkamah Rayuan
Koroner mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk mendengar, menghukum bagi apa-apa jenis penghinaan, walaupun di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah.
Kes Adib: Isu bidang kuasa koroner berkaitan prosiding komital diputus 8 Feb
Panel hakim memerlukan masa kerana terpaksa membuat lebih banyak penyelidikan mengenai perkara tersebut.
Pakar undang-undang, forensik anggotai Jawatankuasa Khas siasat kematian kes Adib
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lepas bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut bagi memastikan pembelaan sewajarnya dibuat.
Kabinet setuju tubuh jawatankuasa khas siasat kes kematian Muhammad Adib - PM
Mesyuarat Kabinet memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jangan tutup siasatan kes Muhammad Adib walau sementara - PPMM
PPMM terkejut dengan kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang memaklumkan bahawa kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara.
Kes Adib: Tommy Thomas tidak patut menyeleweng fakta - MACSA & PPMM
MACSA dan PPMM desak Kerajaan membuka semula kertas siasatan terhadap perusuh yang telah menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, penelitian lanjut termasuk melakukan pelbagai proses siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat.
Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.