KUALA LUMPUR:Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.
"Kedudukan sama ada (wujud) penyebab-penyebab sehingga berlaku kematian Adib, tidak lama lagi akan kita maklumkan kepada semua," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu, di sini.
Beliau menjawab isu yang dibangkitkan RSN Rayer (PH-Bukit Jelutong) yang bertanyakan tempoh selesai siasatan kematian Muhammad Adib.
Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Muhammad Adib berikutan terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba dan penyelamat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 14 2020

Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. - Facebook @Nurul Najihah

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kes saman Waytha Moorthy terhadap Lokman Adam berhubung kematian Adib, selesai
Peguam yang mewakili Waytha Moorthy, Annou Xavier berkata terma perintah persetujuan itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Keluarga Muhammad Adib tarik rayuan, tidak mahu panjangkan kes
Pihak keluarga Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Tommy Thomas dan AGC selesai dan tamat di sini.

Koroner ada kuasa dengar prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara - Mahkamah Rayuan
Koroner mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk mendengar, menghukum bagi apa-apa jenis penghinaan, walaupun di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah.

Kes Adib: Isu bidang kuasa koroner berkaitan prosiding komital diputus 8 Feb
Panel hakim memerlukan masa kerana terpaksa membuat lebih banyak penyelidikan mengenai perkara tersebut.

Pakar undang-undang, forensik anggotai Jawatankuasa Khas siasat kematian kes Adib
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lepas bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut bagi memastikan pembelaan sewajarnya dibuat.

Kabinet setuju tubuh jawatankuasa khas siasat kes kematian Muhammad Adib - PM
Mesyuarat Kabinet memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jangan tutup siasatan kes Muhammad Adib walau sementara - PPMM
PPMM terkejut dengan kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang memaklumkan bahawa kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara.

Kes Adib: Tommy Thomas tidak patut menyeleweng fakta - MACSA & PPMM
MACSA dan PPMM desak Kerajaan membuka semula kertas siasatan terhadap perusuh yang telah menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, penelitian lanjut termasuk melakukan pelbagai proses siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat.

Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.