PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini semalam menetapkan 8 Feb untuk memutuskan sama ada Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Tarikh itu ditetapkan oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Suraya Othman, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Hashim Hamzah dalam prosiding yang dikendalikan melalui aplikasi Zoom.
"Kami memerlukan masa kerana terpaksa membuat lebih banyak penyelidikan mengenai perkara ini. Oleh itu, kami menetapkan 8 Feb untuk keputusan," kata Suraya.
Terdahulu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili bapa Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid, berkata Seksyen 99A Akta Mahkamah Rendah 1948 menyatakan bahawa koroner atau mana-mana mahkamah rendah mempunyai kuasa dan bidang kuasa lanjut untuk mengeluarkan perintah berkaitan kesalahan menghina mahkamah tanpa mengurangkan kuasa asal yang diperuntuk kepada mereka.
"Kami dengan rendah hati berhujah bahawa Mahkamah Rendah memiliki bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berkaitan kesalahan menghina mahkamah kerana kuasa dan bidang kuasa lanjut tidak hanya terhad kepada perbuatan itu yang dilakukan di hadapan mahkamah tetapi juga yang dilakukan bukan di hadapan mahkamah.
"Malah Mahkamah Agung pada 1985 telahpun mengakui bahawa prosiding inkues mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah berkaitan apa-apa kesalahan atau perbuatan menghina mahkamah... Perkara itu tidak pernah ditolak oleh mana-mana mahkamah atasan yang lebih tinggi setakat ini. Ia masih menjadi undang-undang dan oleh itu, merupakan bidang kuasa," katanya.
Peguam Datuk S. Ambiga, yang mewakili Thomas, pula berkata Mahkamah Koroner telah terkhilaf apabila membenarkan permohonan bagi prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara itu.
"Kes kita hari ini bukan perbuatan menghina yang dilakukan di hadapan mahkamah. Koroner terbabit telah membuat keputusan sendiri untuk memberi kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah. Tindakan sedemikian iaitu memulakan prosiding komital hanya boleh dilakukan oleh mahkamah lebih tinggi," katanya.
Sebelum ini, beliau berkata Koroner tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap Thomas memandangkan Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 13 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntuk kuasa itu kepada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Pada prosiding semalam, mahkamah mendengar rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai isu sama Mahkamah Koroner mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan prosiding komital.
Dua lagi rayuan yang dikemukakan Mohd Kassim termasuk terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah Mahkamah Koroner yang memberi kebenaran kepadanya untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas.
Dalam permohonannya, Mohd Kassim, 68, mendakwa Thomas telah menghina mahkamah menerusi afidavit yang difailkan AGC pada 3 April 2019 berhubung punca kematian anaknya.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 pada 27 Nov 2018.
Beliau meninggal dunia pada 17 Dis 2018 selepas 21 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah disebabkan oleh perbuatan jenayah oleh lebih dua individu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022

Muhamad Adib meninggal dunia pada 17 Dis 2018 selepas 21 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara. - Gambar fail

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim
Hakim Roz Mawar menyatakan bahawa permohonan menarik diri ini tidak berasas dan boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.

Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.

Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.

Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.

Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.

Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.

Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".

Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.