ISTANBUL: Kumpulan 20 atau G20 berkata pada Jumaat bahawa kumpulan itu bersetuju untuk berusaha memastikan golongan kaya-raya di seluruh dunia dikenakan cukai dengan berkesan, namun tidak mengulas lanjut mengenai kaedahnya, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kumpulan itu berkata adalah penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
"Pengelakan cukai agresif atau penghindaran cukai oleh individu dengan pendapatan bersih yang tinggi boleh menjejaskan keadilan sistem cukai, yang membawa kepada pengurangan keberkesanan cukai progresif," menurut Deklarasi Menteri G20 mengenai Kerjasama Cukai Antarabangsa.
"Tiada sesiapa yang sepatutnya dapat mengelak cukai...Oleh itu, usaha yang lebih besar perlu dilakukan untuk memastikan pematuhan penuh terhadap kewajipan cukai domestik," tambahnya.
Walaupun terdapat konsensus untuk mengenakan cukai kepada golongan kaya-raya, mekanisme untuk mencapai matlamat itu masih kabur.
"Setiap bidang kuasa harus bekerja secara autonomi atau, jika perlu, melalui inisiatif pembinaan kapasiti untuk meningkatkan keberkesanan kutipan hasil cukai, yang hari ini boleh dikenakan berdasarkan undang-undang domestik," kata kumpulan itu.
"Kerjasama boleh melibatkan pertukaran amalan terbaik, menggalakkan perbincangan mengenai prinsip cukai dan merangka mekanisme antipengelakan, termasuk menangani amalan cukai yang berpotensi berbahaya," tambahnya.
Negara-negara anggota berkata mereka akan terus membincangkan isu itu dalam G20 dan forum lain yang berkaitan, bergantung pada input teknikal organisasi antarabangsa yang relevan, akademia dan pakar yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024

Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil. - Gambar hiasan/Flickr

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.

G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.