Kerajaan Negeri digesa agar mengkaji semula kedudukan Norhizam Hassan Baktee sebagai Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Kamaruddin Sidek.
Beliau berkata walau apa sahaja sebab diberikan, insiden kekasaran Norhizam terhadap rakyat baru-baru ini tidak boleh diterima terhadap seorang individu bergelar 'Yang Berhormat' yang sepatutnya membela kebajikan rakyat.
Katanya Norhizam pernah dikaitkan dengan insiden pencerobohan stor baja di Sungai Rambai sebelum ini, namun amat mendukacitakan apabila insiden tidak diingini yang menjejaskan reputasi Kerajaan Negeri berlaku sekali lagi.
"Sebelum ini, saya pernah membuat kenyataan agar exco terbabit digugurkan atas prinsip reputasi dan moral Kerajaan Negeri, tetapi Ketua Menteri (Adly Zahari) terus mempertahankan beliau. Akhirnya rakyat Melaka melihat slogan 'Wibawa' Kerajaan Negeri tidak memberikan apa-apa makna bahkan sekadar retorik.
"Saya dapati sekiranya tiada apa-apa tindakan, nescaya perkara seumpama akan berulang lagi," katanya menerusi kenyataan di sini pada Khamis.
Baru-baru ini video Norhizam, bersikap kasar terhadap penduduk kampung dalam isu penutupan Jalan Pulau Nibong-Taman Akasia di Batu Berendam di sini menjadi tular dalam laman media sosial, dan pada Rabu, Norhizam serta Adly bagi pihak Kerajaan Negeri memohon maaf atas insiden itu.
BACA: Exco Melaka beri penjelasan insiden marah orang kampung
Sementara itu, Adly ketika ditemui pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Khamis berkata tiada keperluan untuk Norhizam meletak jawatan sebagai exco kerana telah berkhidmat dengan baik sebelum ini, namun mengakui Norhizam perlu memperbaiki dirinya.
"Dia exco yang hampir setiap hari bertemu rakyat untuk selesaikan masalah, cuma pendekatan dan kaedah digunakan (perlu diperbaiki), ini dari masa ke semasa kita akan perbaiki.
"Kita di peringkat Kerajaan Negeri saya harap supaya kerajaan ini diberi peluang untuk penambah baikkan dibuat dari masa ke semasa, malah bukan sekadar kita tetapi kepada sistem keseluruhan kerajaan," katanya.
Beliau berkata sudah menjadi hasrat rakyat mahu melihat penambah baikkan dalam sistem pentadbiran di negeri dan negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 12 2018
Ketua Menteri berkata tiada keperluan untuk Norhizam (kanan) meletak jawatan sebagai exco kerana dia telah berkhidmat dengan baik sebelum ini, namun dia perlu memperbaiki dirinya. --fotoBERNAMA / Fail
Amerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, luah kebimbangan Amerika terhadap sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3.54 pagi tadi.
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.
PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.
Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.
Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.
Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.
Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.
Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.