PUCHONG: Kementerian Sumber Manusia telah mengarahkan agensinya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk menyiasat secara terperinci laporan dakwaan berlaku kegiatan buruh paksa dalam kalangan pekerja penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), ATA IMS Bhd baru-baru ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri M. Saravanan berkata beliau telah melakukan lawatan ke kilang itu yang terletak di Johor semalam dan berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan sendiri oleh syarikat itu kepadanya.
"Dari segi peribadi saya berpuas hati dengan penjelasan ATA IMS. Saya juga lihat suasana kerja dan keadaan kilang semua dalam keadaan teratur, yang ada menyatakan (laporan) buruh paksa ini orang salah tafsir, namun saya arahkan JTK siasat secara mendalam," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Jobs@mykomunity di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara di sini hari ini.
Mengenai program Jobs@mykomunity yang dianjurkan Persatuan Komuniti Sosio Kebajikan Malaysia (MyKomunity), Saravanan berkata inisiatif itu selari dengan usaha kerajaan untuk menyediakan lebih peluang pekerjaan khususnya kepada warga bandar kesan daripada pandemik COVID-19.
"Saya telah arahkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk melihat sejauh mana keberkesanan program ini, sekiranya berjaya kita akan bekerjasama dengan pihak MyKomunity untuk mengadakannya di bandar-bandar di seluruh negara," katanya.
Jobs@mykomunity yang merupakan projek rintis itu berjaya menempatkan pekerjaan bagi 250 pencari kerja daripada komuniti B40 untuk bekerja dalam sektor kolar biru yang ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021

SARAVANAN: Saya lihat suasana kerja dan keadaan kilang semua dalam keadaan teratur, yang ada menyatakan buruh paksa, ini orang salah tafsir, namun saya arahkan JTK siasat secara mendalam. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.

163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.

Tok Wan Shaari kongsi pengalaman sembunyi dalam hutan takut askar Jepun
Bersembunyi dalam hutan semata-mata mengelak buruan tentera Jepun yang menjadikan remaja sepertinya sebagai buruh kasar, merupakan pengalaman termahal Shaari Sabu, 96.

Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan
Seramai 27 pekerja asing warga Myanmar dan China turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan
Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Polis selamatkan remaja OKU mangsa eksploitasi buruh paksa
Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.

Polis selamatkan tiga lelaki mangsa eksploitasi buruh paksa
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.

Remaja jadi buruh paksa, dipantau CCTV
Polis menyelamatkan tiga remaja warga asing berusia 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di dua kilang, di sini, pada Rabu.

Kilang proses ayam diserbu, majikan abai tanggungjawab
Tiada perakuan penginapan, penyata gaji serta membuat potongan gaji secara tidak sah adalah antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Bersepadu Mega Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang (Op Gegar).

Remaja dihukum jadi buruh paksa 12 tahun kerana tonton K-drama
Pyongyang menghukum dua remaja lelaki menjadi buruh paksa selama 12 tahun, gara-gara menonton drama Korea yang lebih sinonim dengan singkatan K-drama.