IPOH: Seorang remaja lelaki warga Myanmar berusia 16 tahun diselamatkan pihak berkuasa selepas disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa di sebuah kilang memproses bahan kitar semula di Kawasan Perindustrian IGB Tasek di sini pada Khamis.
Dalam serbuan Ops Pintas Mega sekitar jam 3.30 petang itu yang turut disertai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dengan kerjasama polis, seramai 27 pekerja asing warga Myanmar dan China turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.
Operasi dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Perak.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan malam tadi berkata seorang lelaki tempatan berperanan sebagai pengarah syarikat berusia 49 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan berhubung jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta menggaji pekerja asing tanpa permit.
Katanya JAS Perak turut mengambil tindakan ke atas kilang tersebut kerana tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Seramai 27 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu Pintas Mega di sebuah kilang kitar semula di Kawasan Perindustrian IGB Tasek. - Foto BERNAMA

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.

Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan
Seramai 27 pekerja asing warga Myanmar dan China turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Polis selamatkan tiga lelaki mangsa eksploitasi buruh paksa
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.