BUKIT MERTAJAM: Polis menyelamatkan tiga lelaki disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di sebuah kilang memproses fucuk menerusi Ops Pintas Mega di Kawasan Perindustrian Juru di sini, semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.
"Betul kita (polis) ada selamatkan tiga lelaki yang dijadikan buruh paksaan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 12 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.
Operasi selama enam jam bermula 2 petang itu disertai sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) selain anggota Jabatan Tenaga Kerja, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Ketiga-tiga lelaki berusia antara 17 hingga 21 tahun itu dipercayai dipaksa bekerja sejak tiga bulan lepas dengan melakukan kerja memproses fucuk di kilang itu sembilan jam setiap hari.
Difahamkan, mereka diberi amaran oleh majikan agar tidak keluar dari kawasan kilang untuk mengelak diberkas pihak berkuasa dan dipercayai akur demi mendapatkan upah bulanan.
Dalam serbuan itu, sembilan warga asing termasuk empat wanita berusia 25 hingga 42 tahun yang disyaki pekerja premis turut ditahan selain seorang lelaki berusia 66 tahun yang juga majikan kilang.
Kesemua tangkapan dibawa ke IPD SPT untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.
KWSP: Lebih 400,000 ahli baharu, jumlah ahli cecah 16.22 juta
Daripada jumlah itu, 8.78 juta adalah ahli aktif, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia.
Tubuh jawatankuasa, kemudian bincang peruntukan - TPM
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik
Aset pelaburan KWSP mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.

Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.

163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.

Tok Wan Shaari kongsi pengalaman sembunyi dalam hutan takut askar Jepun
Bersembunyi dalam hutan semata-mata mengelak buruan tentera Jepun yang menjadikan remaja sepertinya sebagai buruh kasar, merupakan pengalaman termahal Shaari Sabu, 96.

Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan
Seramai 27 pekerja asing warga Myanmar dan China turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan
Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Polis selamatkan remaja OKU mangsa eksploitasi buruh paksa
Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.

Polis selamatkan tiga lelaki mangsa eksploitasi buruh paksa
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.

Remaja jadi buruh paksa, dipantau CCTV
Polis menyelamatkan tiga remaja warga asing berusia 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di dua kilang, di sini, pada Rabu.

Kilang proses ayam diserbu, majikan abai tanggungjawab
Tiada perakuan penginapan, penyata gaji serta membuat potongan gaji secara tidak sah adalah antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Bersepadu Mega Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang (Op Gegar).

Remaja dihukum jadi buruh paksa 12 tahun kerana tonton K-drama
Pyongyang menghukum dua remaja lelaki menjadi buruh paksa selama 12 tahun, gara-gara menonton drama Korea yang lebih sinonim dengan singkatan K-drama.