KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan nama syarikat yang hampir sama untuk mengelirukan pelbagai pihak termasuk kerajaan dan bank.
Mohd Hazem yang merupakan saksi ke-10 berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menjawab soalan Muhammad Shafee bahawa modus operandi Jho Low adalah menggunakan nama syarikat yang hampir sama dan hanya menambah perkataan Limited, Mohd Hazem secara ringkas menjawab 'Ya'.
Saksi pendakwaan itu turut bersetuju bahawa penjanjian yang ditandatangi 1MDB Energy Limited pada 18 Mei 2012 bersama Aabar Investment PJS Limited Aabar British Virgin Island (Aabar BVI) adalah Syarikat Aabar yang palsu.
Muhammad Shafee: Setuju jika dikatakan sebahagian besar Ahli Lembaga Pengarah 1MDB tidak menyedari bahawa ia adalah Syarikat Aabar yang palsu?
Mohd Hazem: Ya, setuju.
Muhammad Shafee: Disebabkan perjanjian ini 1MDB Energy perlu memindahkan sejumlah AS$233 juta (RM985 juta) kepada Aabar BVI dan bukan Aabar Seychelles.
Mohd Hazem: Ya
Muhammad Shafee: Namun demikian, wang tersebut masuk ke dalam akaun Aabar Seychelles, betul?
Mohd Hazem: Ya
Muhammad Shafee: Setuju bahawa tiada sebarang dokumen daripada Aabar BVI yang memberi kebenaran kepada 1MDB Energy untuk memindakan wang berkenaan kepada Aabar Seychelles?
Mohd Hazem: Ya
Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda bahawa Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir dan Pengarah Eksekutif Kewangan, Terrence Geh mempunyai pengetahuan bahawa AS$233 juta (RM985 juta) dipindahkan ke Aabar Seychelles.
Mohd Hazem: Saya tidak tahu.
Muhammad Shafee: Anda, Azmi dan Terrence memilih untuk tidak memberitahu Deutsche Bank bahawa Aabar Seychelles adalah penerima dana berkenaan dan bukannya Aabar BVI. Dengan ini, anda bersama dua individu yang lain memberi gambaran yang salah kepada pihak bank.
Mohd Hazem: Saya tidak bersetuju.
Dalam pada itu, Mohd Hazem juga tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa ketiga-tiga mereka dengan sengaja menyembunyikan fakta penting itu untuk menyeleweng dana berkenaan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah akan bersambung pada satu tarikh yang belum diputuskan lagi setakat ini.
Najib, 68, berhadapan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Umavathi Ramayah
Mon Aug 23 2021

Najib Tun Razak berhadapan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.

Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta

Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.

1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat

Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.

Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.