ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Julai 2024.


1. Harris peroleh cukup sokongan bagi pencalonan presiden parti Demokrat

Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memperoleh sokongan yang mencukupi bagi memenangi pencalonan presiden Demokrat, lapor media tempatan pada Isnin.



2. Pengarah Perkhidmatan Rahsia akui gagal lindungi Trump

Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS), Kimberly Cheatle akui beliau dan agensinya gagal susulan insiden cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump di Pennsylvania minggu lalu.


3. PM Bangladesh tuduh pembangkang dalangi keganasan protes pelajar

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menyalahkan lawan politiknya atas keganasan yang melanda negara itu, berikutan protes pelajar terhadap kuota pekerjaan dalam kerajaan.


4. Bulgaria sekali lagi gagal bentuk kerajaan di tengah-tengah kekacauan politik

Ahli politik Bulgaria sekali lagi gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya parlimen pada Jun, dengan negara itu berdepan satu lagi undian jika percubaan ketiga tidak berjaya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


5. Filipina tidak akan berundur dalam pertikaian laut, walaupun perjanjian dengan China - Marcos

Filipina tidak akan berundur daripada menegaskan haknya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, walaupun mencapai perjanjian dengan Beijing untuk mengelakkan konfrontasi di kawasan itu, kata Presiden Ferdinand Marcos Jr pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


6. Ketua PBB seru tindakan lebih tegas banteras pemerdagangan kanak-kanak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru agar usaha dipergiatkan untuk melindungi kanak-kanak daripada pemerdagangan manusia dalam mesejnya sempena Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia yang disambut setiap tahun pada 30 Julai.


7. 6 terbunuh, 4 cedera dalam tembakan di Croatia

Enam orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di Rumah Orang Tua di Daruvar, timur Croatia, pada Isnin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.


8. Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa menyeleweng dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diperintah melucutkan hak berlian dibeli untuk ibunya daripada pembuat barang kemas berprestij.


9. Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun

Laporan Tinjauan Juruterbang dan Juruteknik (PTO) Boeing 2024 meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.


10. Paris kini bersedia sepenuhnya anjur Sukan Olimpik

Paris kini sudah bersedia untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik, kata Presiden Perancis semasa lawatannya ke perkampungan Olimpik pada Isnin.