JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) sedang menyiasat individu yang disyaki bertanggungjawab dalam pencemaran Sungai Kim Kim, Kampung Bukit Pulai, Pasir Gudang, di sini kata Pengarahnya Dr Mohd Famey Yusoff.
"Pegawai penyiasat JASNJ masih menjalankan siasatan terperinci dan mengumpul kesemua bahan bukti," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
JAS dalam satu kenyataan pada Sabtu, berkata pasukan Unit Penguat Kuasa Industri JAS yang menjalankan siasatan mendapati air sungai itu berwarna hitam selain mengesan bau busuk sepertimana aduan diterima dan telah mendapatkan butiran maklumat kejadian daripada penduduk sekitar.
"Siasatan awal mendapati pencemaran disyaki berpunca daripada pelepasan air sisa daripada premis bukan industri yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sehingga menyebabkan air sisa tanpa dirawat mengalir memasuki sungai berhampiran," menurut kenyataan itu.
Seorang penduduk di Kampung Bukit Pulai, dekat Pasir Gudang di sini, mendakwa sudah biasa menghidu bau busuk dari Sungai Kim Kim lebih 20 tahun lalu, namun warna air sungai yang hitam seperti kopi O dengan bau yang meloyakan pertama kali berlaku.
Ahmad Ali, 59, yang menetap di kampung itu sejak 1992 berkata pencemaran terbaharu di sungai itu dikesan empat hari lepas.
"Pada mulanya ketika udara berbau busuk, hendak makan pun tidak berselera, namun saya fikirkan ia perkara biasa.
"Tetapi ketika pukul 6 petang, sewaktu membawa cucu bersiar-siar, saya melihat sungai di belakang rumah menjadi warna kehitaman dan sangat busuk," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini pada Ahad.
Seorang lagi penduduk, Noorma M. Noor , 54, berkata dia dan dua anaknya seakan sudah "kebal" dengan bau busuk yang berlaku di tempat tinggalnya sejak beberapa tahun lepas, namun berharap masalah itu dapat ditangani segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk.
"Saya kecewa sangat, sebelum ni bau busuk sahaja, kali ini ada sisa hitam pula di sungai.
"Belum lega dengan pencemaran kimia dua tahun lepas, penduduk di sini diuji lagi dengan pencemaran.
"Mujur hujan pada semalam dan hari ini sedikit sebanyak kesan-kesan kehitaman hilang dibawa air," katanya.
Dia pada masa sama memuji tindakan pantas Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor yang membuat tindakan susulan menggunakan dron dan menguji kualiti air selepas menerima aduan orang awam berkenaan air hitam dan berbau busuk di sungai berkenaan.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian pada Ahad mendapati warna air sungai berkenaan semakin baik berikutan hujan lebat sejak pagi namun bau yang yang tidak menyenangkan masih lagi ada di kawasan sekitar.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan, dalam satu kenyataan berasingan, mengingatkan kepada mana-mana sektor yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara supaya mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 01 2021

JAS yang menjalankan siasatan mendapati air sungai itu berwarna hitam selain mengesan bau busuk. - Gambar fail/ Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco
Empat sungai di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang termasuk Sungai Kim Kim didapati tercemar dan berada pada tahap yang membimbangkan.

Tragedi Sungai Kim Kim: Irfan Wafiy derita penyakit tiada ubat - Bapa
Bapa Irfan Wafiy Idham Wazir, 16, menceritakan penderitaan anaknya yang menghidap penyakit Myokymia didakwa akibat tragedi pencemaran Sungai Kim Kim.

Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia selesai saman di luar mahkamah - Peguam
Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia mempertimbang kaedah penyelesaian di luar mahkamah dalam saman sivil berjumlah RM30 juta memandangkan kes itu sudah berlarutan selama hampir lima tahun.

MBPG pasang peranti kesan aktiviti pencemaran termasuk di Sungai Kim Kim
Peranti itu mempunyai CCTV dan alat pengesan parameter tertentu seperti pH, amonia dan nitrat serta mempunyai penggera yang akan memberi amaran sekiranya berlaku pencemaran.

Pencemaran terkini Sungai Kim Kim berpunca daripada loji kumbahan terbiar
Pencemaran Sungai Kim Kim yang airnya bertukar warna kepada hitam serta mengeluarkan bau busuk dalam kejadian baru-baru ini adalah berpunca dari sebuah loji loji kumbahan terbiar berhampiran.

Tompokan hitam di Sungai Kim Kim bukan sisa kimia - Tuan Ibrahim
Ia hanya pencemaran (pelepasan) biasa daripada kilang dan tidak berbahaya kepada penduduk, bukan seperti pencemaran yang berlaku pada tahun 2019.

Sungai Kim Kim: Penduduk dakwa masih hidu bau gas
Sehingga hari ini, penduduk mendakwa masih dapat menghidu gas yang sebelum ini pernah menghantui hidup mereka.

Mayat lelaki ditemukan di Sungai Kim Kim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemukan di dalam Sungai Kim Kim.

Lebih 3,000 pelajar sekolah Pasir Gudang terima sokongan psikologi
Sokongan psikologi tersebut merupakan usaha berterusan pihaknya semenjak insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Mac lalu.

160 mangsa Sungai Kim Kim fail saman 17 Julai ini
Seramai 160 mangsa yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim bakal menuntut ganti rugi daripada pihak berkuasa.