PASIR GUDANG: Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia mempertimbang kaedah penyelesaian di luar mahkamah dalam saman sivil berjumlah RM30 juta memandangkan kes itu sudah berlarutan selama hampir lima tahun.
Peguam Jawatankuasa Bertindak Mangsa dan Keluarga Gas Toksik Sungai Kim Kim Datuk Kamarudin Ahmad, yang mewakili 42 plainitif, berkata perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung pada tahun 2020 namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.
Beliau berkata prosiding kes itu di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah ditetapkan dari 22 hingga 24 Jan 2024.
"Ya, kita memang ada pihak yang sedang membantu dan berusaha untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah kerana jangka masa lima tahun agak terlalu lama untuk kes sivil berjalan.
"Jadi kita melihat sekiranya pihak kerajaan negeri dapat menyelesaikan kes ini di luar mahkamah maka kita sangat mengalu-alukan kerana tidak perlu melalui proses perbicaraan yang panjang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini, jawatankuasa itu dilapor telah memfailkan kes saman tersebut pada Julai 2019 ke atas 12 defendan termasuk Kerajaan Negeri Johor dan Menteri Besar.
Terdahulu, Kamarudin memberi taklimat kepada lebih 30 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim dan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam kes saman itu.
Pada 30 Nov lepas, seorang pemandu lori didenda RM100,000 kerana menyebabkan pencemaran di Sungai Kim Kim membabitkan pelupusan haram buangan terjadual.
Syarikat P Tech Resources Sdn Bhd, yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, turut didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan RM320,000.
Insiden pencemaran Sungai Kim Kim yang berlaku pada Mac 2019 telah menggemparkan seluruh negara kerana menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023
![Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia selesai saman di luar mahkamah - Peguam Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia selesai saman di luar mahkamah - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606620715_SungaiKimKim.jpg)
Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia mempertimbang kaedah penyelesaian di luar mahkamah dalam saman sivil berjumlah RM30 juta memandangkan kes itu sudah berlarutan selama hampir lima tahun. - Gambar fail
Tidak akan jejas kuota Bumiputera
Sejak sistem kuota dilaksanakan sekitar tahun 1970-an, ia bermatlamatkan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional daripada kaum Bumiputera.
Calon PN lancar manifesto 'kerja'
Menurut Abidin, PN juga bertekad untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Sungai Bakap yang telah dihadapi sejak enam tahun lalu.
UMNO fokus dapatkan sokongan pengundi muda untuk calon PH
UMNO yakin Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan yang menjadi taruhan Kerajaan Perpaduan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Sabtu ini.
Dua lagi individu direman babitkan projek lebuh raya lebih RM1 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua individu lagi melibatkan seorang pengerusi dan pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
![250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA 250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA
Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini.
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
![Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719929006_TBIndiastampede.jpg)
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
![Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia selesai saman di luar mahkamah - Peguam Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia selesai saman di luar mahkamah - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606620715_SungaiKimKim.jpg)
Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia selesai saman di luar mahkamah - Peguam
Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia mempertimbang kaedah penyelesaian di luar mahkamah dalam saman sivil berjumlah RM30 juta memandangkan kes itu sudah berlarutan selama hampir lima tahun.