Semangat patriotisme di kalangan orang muda tidak dapat dinafikan selain golongan ini dilihat sebagai pelapis negara.

Menurut Penganalisis Polisi UiTM Kedah, Tunku Nashril Tunku Abaidah seringkali kita terlupa sumbangan besar golongan muda kepada negara walaupun penghayatan golongan muda ke atas sejarah negara mungkin dikatakan kurang menonjol berbanding dengan golongan terdahulu.

“Jangan lupa hari ini, selain dari lebih kreatif di pelbagai sudut, golongan muda juga antara yang paling banyak menyumbang dalam mempertahankan negara” katanya ketika dihubungi.

Ikuti temubual penuh bersama Nashril di dalam video yang disediakan.