Walaupun tiada sambutan besar-besaran, rakyat Malaysia tetap bersemangat untuk menyambut ulang tahun ke-61 kemerdekaan negara pada tengah malam tadi.
Semangat Malaysia baharu terus dizahirkan rakyat apabila beberapa lokasi tumpuan sambutan ambang Hari Kebangsaan dipenuhi orang ramai meskipun tiada penganjuran konsert dan pertunjukan bunga api secara meriah.
Di SHAH ALAM, sambutan hitungan detik Ambang Merdeka di i-City turut membangkitkan nostalgia bagi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kunjungan Anwar tersebut dianggap sebagai sebuah kepulangan buat beliau kerana pernah merasmikan 'ultrapolis' berkeluasan 29 hektar itu pada 1997 ketika bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Ketibaan beliau pada jam 10.20 malam sebagai tetamu khas Ambang Merdeka 2018 bertema 'Terima kasih Malaysia' disambut Pengerusi Eksekutif i-Bhd, Tan Sri Lim Kim Hong dan pengurusan kanan i-City.
Kira-kira 40,000 orang memeriahkan majlis sambutan tersebut dan antara hadirin ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Media Star Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai.
Sambutan peringkat negeri Selangor pula dianjurkan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan kehadiran kira-kira 10,000 orang.
Sambutan berkenaan yang dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan barisan kepimpinan kerajaan negeri itu dimulakan dengan persembahan tarian yang menggabungkan tarian tradisional tiga kaum terbesar negara, Melayu, Cina dan India.
Acara kemudian diteruskan dengan perbarisan 62 kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pasukan uniform dan syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor.
Di KUALA LUMPUR, ribuan rakyat dan pelancong asing memenuhi Dataran Merdeka dan kawasan Bukit Bintang bagi sambutan Ambang Merdeka yang diserikan dengan penganjuran konsert serta pertunjukan bunga api.
Di Matic Jalan Ampang, ambang kemerdekaan disambut dengan memartabatkan seni warisan bangsa iaitu silat dan alunan lagu kerohanian.
Program seawal jam 8.30 malam itu dimulakan dengan pertunjukan silat daripada Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) dan persembahan nasyid oleh beberapa kumpulan yang baru dalam industri seni.
Timbalan Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata sambutan itu dilihat sebagai satu yang sihat dengan menampilkan kebudayaan seni silat yang menjadi warisan negara.
"Selain silat, ada juga selawat, nyanyian nasyid, alunan qasidah dan lagu kerohanian. Kita mahu jelmakan semangat cintakan negara dan mahu budaya kita kekal daripada generasi ke generasi," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Ambang Merdeka di Matic, malam tadi.
Di NEGERI SEMBILAN, Menteri Besar, Aminuddin Harun menyertai 700 jemaah pada majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Masjid Negeri di sini, malam tadi.
Beliau yang tiba pada jam 7.10 malam menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri, Dr Muhamad Yusry Mazlan, diikuti bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.
Majlis berkenaan turut dihadiri barisan Exco kerajaan negeri, pegawai kanan kerajaan serta masyarakat setempat.
Di KEDAH, sambutan Ambang Merdeka berlangsung di Dataran Kompleks Pekan Rabu yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersama isteri Tok Puan Norzieta Zakaria
Kira-kira 1,000 rakyat hadir pada sambutan itu yang turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti deklamasi puisi oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Ahmad Kasim bertajuk 'Terima Kasih Rakyat Malaysia', syair 'Negara Gemilang' oleh Wan Ismalinda Wan Jaafar, persembahan ukelele serta nyanyian lagu patriotik.
Di PERLIS, sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam tadi.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negeri dan bacaan doa diikuti persembahan seni dan kebudayaan serta perarakan lebih 60 kontinjen melibatkan pelbagai agensi, jabatan serta institusi pengajian.
Acara yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco kerajaan negeri itu diserikan dengan persembahan bunga api tepat tengah malam tadi.
Di TERENGGANU, acara Ambang Merdeka di Dataran Shahbandar disambut secara sederhana tetapi meriah dengan pengisian berbentuk kerohanian.
Kira-kira 2,500 orang penduduk sekitar Kuala Terengganu turut dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Hijjaz, ceramah agama oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dan diakhiri dengan persembahan bunga api sebaik tiba detik 12 tengah malam.
Turut hadir Menteri Besar, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya dan barisan Exco serta kepimpinan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
![Rakyat pamer semangat Malaysia baharu sambut merdeka Rakyat pamer semangat Malaysia baharu sambut merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41535677891_TBMERDEKA.jpg)
Anggota keluarga Omar Aman (belakang, tengah) bersemangat bergambar bersama pakaian bertemakan Jalur Gemilang sambil berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Laungan 'Merdeka', percikan bunga api, forum agama mengisi sambutan ambang Hari Kebangsaan Laungan 'Merdeka', percikan bunga api, forum agama mengisi sambutan ambang Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693435688_TBAmbangMerdeka.jpg)
Laungan 'Merdeka', percikan bunga api, forum agama mengisi sambutan ambang Hari Kebangsaan
Tepat 12 tengah malam, beberapa lokasi bermandikan percikan bunga dengan para pengunjung melaungkan 'Merdeka' dengan penuh bersemangat.
![Lebih 1,000 pengunjung hadir raikan Ambang Merdeka di PKNS Uptown Shah Alam Lebih 1,000 pengunjung hadir raikan Ambang Merdeka di PKNS Uptown Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693435940_TBSaharomMohni.jpg)
Lebih 1,000 pengunjung hadir raikan Ambang Merdeka di PKNS Uptown Shah Alam
Sambutan diadakan setiap tahun bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan bersama peniaga dan pengunjung yang sentiasa menyokong PKNS Uptown.
![Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668239182_LRTrapidKLRapid.jpg)
Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.
![Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661928072_TBmerdeka.jpg)
Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera
Seramai hampir 3,000 warga Bera membanjiri Laman Kerayong bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang dijalankan sebelum detik jam 12 tengah malam.
![Ambang Merdeka disambut sederhana dalam norma baharu Ambang Merdeka disambut sederhana dalam norma baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598825920_TBJalurGemilang.jpg)
Ambang Merdeka disambut sederhana dalam norma baharu
Sambutan ambang merdeka bagaimanapun kesemuanya dijalankan dalam tatacara pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) serta kehadiran jumlah pengunjung dihadkan.
![Ambang Merdeka 2019 disambut penuh semangat perpaduan Ambang Merdeka 2019 disambut penuh semangat perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71567211040_KLCC.jpg)
Ambang Merdeka 2019 disambut penuh semangat perpaduan
Orang ramai memenuhi lokasi-lokasi sambutan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan sorakan dan nyanyian penuh semangat patriotik sebagai sebuah 'keluarga'.
![Rakyat pamer semangat Malaysia baharu sambut merdeka Rakyat pamer semangat Malaysia baharu sambut merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41535677891_TBMERDEKA.jpg)
Rakyat pamer semangat Malaysia baharu sambut merdeka
Semangat Malaysia baharu terus dizahirkan rakyat apabila beberapa lokasi tumpuan sambutan ambang Hari Kebangsaan dipenuhi orang ramai meskipun tiada penganjuran konsert dan pertunjukan bunga api.
![Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440923048_950x600.jpg)
Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil
Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.