Ambang Merdeka tahun ini disambut penuh berbeza dalam situasi norma baharu ekoran pandemik COVID-19, tidak seperti kelaziman biasa sebelum ini yang menyaksikan orang ramai 'menyerbu' lokasi-lokasi utama seluruh negara bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-63 itu.
Malah Dataran Merdeka, lokasi bersejarah yang sering menjadi tumpuan ribuan warga kota acap kali menjelang sambutan ambang merdeka, kali ini sunyi tanpa kiraan detik 12 tengah malam, pertunjukan bunga api mahu pun persembahan artis terkemuka.
Bukan itu sahaja, hanya beberapa negeri yang mengadakan sambutan ambang merdeka, bagaimanapun kesemuanya dijalankan dalam tatacara pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) serta kehadiran jumlah pengunjung dihadkan.
Bagaimanapun, penghayatan dan sambutan terhadap erti kemerdekaan turut diterjemahkan dalam cara berbeza antaranya menerusi kempen #MomenNegaraku, inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang menyaksikan rakyat digalak berkongsi serta memuat naik karya kreatif seperti video, foto, ucapan, teks, nyanyian, lakonan malah tarian unik dengan menyatakan semangat kenegaraan menerusi media sosial.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menyiarkan secara langsung konsert khas 'Kita Merdeka 1957 2020' di Auditorium Perdana, Angkasapuri melalui saluran RTM1 dan MyKlik bermula 10.30 malam, yang dilaksanakan dalam norma baharu tanpa kehadiran penonton.
Konsert itu menampilkan persembahan artis terkenal tanah air termasuk Datuk Jamal Abdillah, Wany Hasrita, Haqiem Rusli dan Kugiran Masdo serta Bunkface.
Lebih menarik kiraan detik 12 malam yang menandakan ketibaan 31 Ogos, Hari Kebangsaan Malaysia, diraikan bersama petugas barisan hadapan dan turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Suriani Ahmad.
Di PERLIS, sambutan ambang merdeka di Dewan Wawasan, Kangar hanya dihadkan kepada 150 tetamu dengan kesemua jemputan diminta memakai pelitup muka dan menjalani imbasan suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke dewan bagi menyekat penularan wabak COVID-19.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid turut berkenan berangkat ke majlis itu yang diserikan dengan persembahan kebudayaan, santapan dan amanat merdeka daripada Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Di SARAWAK, sambutan ambang merdeka diraikan secara sederhana di sebuah hotel di Sri Aman dengan kehadiran 250 penonton, yang turut diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan dan hiburan yang dipersembahkan anggota Majlis Seni Sarawak.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, menjadi tetamu kehormat dan majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, menteri-menteri negeri, ketua jabatan kerajaan serta ketua kaum.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 30 2020

Pelancong Hairi Salim mengibarkan Jalur Gemilang dengan berlatar belakangkan pemandangan matahari terbenam bagi menunjukkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 di Pantai Chenang. -Bernama
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Laungan 'Merdeka', percikan bunga api, forum agama mengisi sambutan ambang Hari Kebangsaan
Tepat 12 tengah malam, beberapa lokasi bermandikan percikan bunga dengan para pengunjung melaungkan 'Merdeka' dengan penuh bersemangat.

Lebih 1,000 pengunjung hadir raikan Ambang Merdeka di PKNS Uptown Shah Alam
Sambutan diadakan setiap tahun bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan bersama peniaga dan pengunjung yang sentiasa menyokong PKNS Uptown.

Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.

Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera
Seramai hampir 3,000 warga Bera membanjiri Laman Kerayong bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang dijalankan sebelum detik jam 12 tengah malam.

Ambang Merdeka disambut sederhana dalam norma baharu
Sambutan ambang merdeka bagaimanapun kesemuanya dijalankan dalam tatacara pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) serta kehadiran jumlah pengunjung dihadkan.

Ambang Merdeka 2019 disambut penuh semangat perpaduan
Orang ramai memenuhi lokasi-lokasi sambutan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan sorakan dan nyanyian penuh semangat patriotik sebagai sebuah 'keluarga'.

Rakyat pamer semangat Malaysia baharu sambut merdeka
Semangat Malaysia baharu terus dizahirkan rakyat apabila beberapa lokasi tumpuan sambutan ambang Hari Kebangsaan dipenuhi orang ramai meskipun tiada penganjuran konsert dan pertunjukan bunga api.

Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil
Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.