SHAH ALAM: Lebih 1,000 pengunjung hadir malam tadi memeriahkan sambutan Ambang Merdeka di pusat perniagaan PKNS Uptown Shah Alam, di sini anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Persatuan Peniaga Uptown Shah Alam.
PKS menerusi kenyataan berkata sambutan berkenaan dianjurkan oleh pihaknya pada setiap tahun bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan bersama para peniaga dan pengunjung yang sentiasa memberikan sokongan terhadap PKNS Uptown.
Selain itu, menurutnya program itu juga diadakan bertujuan mempromosikan pusat perniagaan berkenaan yang mempunyai lebih 400 gerai pelbagai jenis perniagaan seperti pakaian, perhiasan, perkakasan rumah dan makanan.
Majlis sambutan tersebut dirasmikan oleh Pengurus Besar Kanan Pentadbiran PKNS, Saharom Mohni yang disertai gimik pelancaran bertemakan futuristik dengan persembahan video montaj animasi mengenai sejarah kemerdekaan yang dipancarkan menggunakan laser.
Terdahulu, 300 bendera Jalur Gemilang diedarkan kepada para pengunjung untuk sama-sama dikibarkan tatkala laungan merdeka menjelang detik 12 malam, simbolik bagi sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Saharom berkata sambutan kemerdekaan merupakan acara yang sangat penting bagi memperingati detik paling bersejarah buat negara dan erti kemerdekaan itu sangat mendalam bagi PKNS.
"Justeru itu, bagi berkongsi rasa cinta kepada negara dan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan warga kerja, kami turun padang untuk mendekatkan diri serta meningkatkan penglibatan secara terus dengan masyarakat awam," katanya.
Saharom berkata Uptown itu dipilih sebagai lokasi penganjuran bagi setiap tahun memandangkan pusat perniagaan tersebut mencatatkan jumlah pengunjung yang sangat menggalakkan pada setiap hari dan mempunyai pengunjung setianya yang tersendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023

Saharom (tengah) melaungkan 'Merdeka' pada Sambutan Ambang Merdeka 2023 sempena Hari Kebangsaan Ke-66 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di PKNS Uptown Seksyen 24, Shah Alam, tengah malam tadi. --fotoBERNAMA
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.

Lebih 1,000 pengunjung hadir raikan Ambang Merdeka di PKNS Uptown Shah Alam
Sambutan diadakan setiap tahun bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan bersama peniaga dan pengunjung yang sentiasa menyokong PKNS Uptown.