MUDAH didekati rakyat jelata, tidak kekok bersama segenap lapisan masyarakat -- barangkali itu kedengaran agak klise apabila berbicara mengenai soal keperibadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah.
Namun, selepas Editor Eksekutif Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI, Cynthia Ng diperkenan masuk mengadap di Istana Negara di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mencari sisi lain Raja kelahiran Pahang itu, mereka mengakui Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin menepati ciri-ciri seorang Raja yang ideal.
Baginda, menurut hemat mereka, seorang Raja yang sangat down to earth, cool dan articulate dalam membicarakan hal ehwal isu semasa.
Pelbagai topik disentuh dalam temubual lebih kurang sejam itu - mereka berbicara soal keperibadian sewaktu baginda diputera dan dibesarkan sebagai sebagai ‘anak kampung’, kecintaan Seri Paduka Baginda terhadap sukan, pesona Raja Permaisuri Agong yang menambat hati baginda, penggunaan media sosial seperti Instagram sehinggalah ke topik Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Berikut merupakan transkrip temubual Ashwad dan Cynthia bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin:
[Ashwad] Ampun Tuanku. Terlebih dahulu, pertama sekali seawal-awal kata, patik mewakili keluarga media dan Astro ini mempersembahkan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Tuanku atas limpah perkenan Tuanku yang sangat istimewa, sangat bersejarah ini untuk ditemubual oleh Astro AWANI.
Dan patik-patik sekalian merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tuanku sempena pertabalan Seri Paduka Tuanku.
Menyentuh mengenai kehidupan Tuanku, ramai di luar sana sama seperti patik-patik sekalian ramai nak tahu apa di sebalik pagar istana.
[Al-Sultan Abdullah] Ya saya akui iaitu saya sekeluarga khususnya dengan Raja Permaisuri merasai perbezaan kedudukan kami sekarang dan sudah tentu saya sedang berusaha untuk membuat sedikit perubahan khususnya segi jadual harian dan khususnya berkaitan dengan privasi, protokol dan seterusnya berkaitan dengan punctuality.
Ini semua saya selalu menekankan kepada, mengingatkan kepada diri saya dan juga Raja Permaisuri dan staf-staf Istana Negara sekalipun, supaya kita tidak mahu nampak ada kelemahan ataupun kecacatan dalam kita mengurus program-program Yang di-Pertuan Agong.
So, in short, atau secara ringkasnya, memang banyak perubahan yang baru, yang mungkin kita tidak biasa dengan jadual seperti ini.
DEFINISI A GOOD KING DARI PANDANGAN TUANKU
[Ashwad] Patik-patik sekalian ada berjumpa dengan beberapa kawan Tuanku, yang antara lain mereka ada berkongsi antara barang titah sering kedengaran daripada Tuanku ialah “I want to become a good King”. What is a good King dalam era sekarang ini, kurun ke 21?
[Al-Sultan Abdullah] Ya, betul saya selalu menyatakan kepada sahabat saya dan keluarga saya, saya harap dengan lantikan ini, saya dapat capai ekspektasi (jangkaan) yang diharap-harapkan oleh seluruh rakyat.
What does it take to be a good King, that is very subjective. Namun, kalau ikut perkiraan saya, the formula to be a good king is to reach out to the people, to win their heart, and to learn whatever, or to understand their masalah-masalah yang dihadapi dan cuba menyelesaikan masalah-masalah mereka.
Namun, mungkin kita tidak boleh memuaskan semua hati rakyat, tetapi sekadar mana yang saya boleh bantu dan mampu menolong, saya tetap akan menolong. Dan itu lah secara tidak langsung yang boleh saya menyatakan tanggung jawab saya terhadap rakyat. And yet to be seen lah.
ISTANA DAN MEDIA SOSIAL
[Ashwad] Dan Alhamdulillah sekarang Istana Negara dah ada Instagram account, maka bolehlah patik-patik stalk Tuanku,sedikit sebanyak hendap, tinjau, dekat Instagram Tuanku buat apa semua..
[Cynthia] Macam yang viral Tuanku makan KFC ... very easygoing. Rakyat juga mesti ingat insiden di mana Tuanku membantu mangsa kemalangan. Dan pastinya, keperibadian ini bukan sesuatu baharu buat Tuanku mahupun seluruh kerabat Diraja Pahang.
Tapi kini apa yang dikongsikan di media sosial membuatkan rakyat rasa dekat dengan Tuanku walaupun tidak bertemu. Pandangan Tuanku mengenai penggunaan media sosial untuk mendekati rakyat.
[Al-Sultan Abdullah] Ini satu avenue yang patut diguna dengan sebaik mungkin lah. Saya sendiri memang tak terikut lah, kalau ikut nak ikut Instagram mana-mana pihak pun.
Tetapi ini lah cara kita boleh kenal sedikit sebanyak, memberi pandangan dan Alhamdulillah Istana Negara dah terbuka sekarang kepada mereka-mereka yang minat tahu tentang hal-hal Istana dan juga Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.
Saya berasa happy lah dengan peluang yang dikeluarkan dalam Instagram.
Berhubung dengan viral tu, saya pun tak sangka ia diviral secepat mungkin. Memang hari tu memang saya idam nak makan Kentucky. So, malahan bukan hari tu saja... one week before also saya dah rasa idam nak makan Kentucky, tetapi tidak ada kesempatan.
Cuma hari tu saya berkesempatan selepas melawat rumah yang dilanda ribut itu, dapat saya berkesempatan pergi ke Kentucky.
Dan accident tu saya...by coincidence saya lalu di jalan yang sama, saya bimbang juga tengok keadaan kereta yang sudah berpusing itu, risau keadaan pemandu. Alhamdulillah dia selamat. Dan dia selamat dan tidak ada kecederaan yang serius.
I AM A KAMPUNG BOY
[Ashwad] Macam tidak ada besar bila kita lihat dalam konteks protokolnya. Mungkin boleh imbas semula warna-warni perjalanan hidup Tuanku sejak dari Istana Mangga Tunggal, pernah tak Tuanku lari sedikit dari protokol Istana.
[Cynthia] Mungkin zaman remaja..?
[Al-Sultan Abdullah] Masa saya remaja tak ada lah protokol, takda protokol. Saya boleh berkeluar, keluar berbasikal dengan anak-anak kampung semua.
Ya sebab kita duduk dalam suasana kampung, tidak ada protokol langsung, tidak ada bodyguard pun, masa sekolah dulu tidak ada bodyguard pun. Pergi sendiri saja,..kadang saya berbasikal. Seperti biasa, seperti anak-anak biasa. Itu yang mungkin membuat saya secara spontan saya boleh interact dengan orang-orang kampung.
Put it this way lah, I was born in Pahang, I was born in a kampung, I am a kampung boy.
[Ashwad] Main bola tak pakai kasut..?
[Al-Sultan Abdullah] Main bola tak pakai kasut, bila dapat kasut tu, wah..! Macam satu hadiah besar tu! Sampai berkoyak-koyak pun pakai lagi, nak dapat kasut tu pun bukan main susah sebab mungkin tak dapat di kampung saya tu, di Pekan. Dan harga pun mungkin mahal ketika itu.
[Cynthia] Apakah mungkin memori atau detik-detik yang manis... mungkin Tuanku boleh kongsikan kepada rakyat.
[Al-Sultan Abdullah] Saya suka bergaul dengan rakan-rakan saya sekolah, ye lah kita pergi, ye lah pergi sekolah, main bola, banyak saya main melibatkan diri dalam main bola sepak lah. Berpeluh-peluh sekali, baju, kena bawa dua tiga helai baju.
Sebelum masuk kelas, habis kelas kita main bola lagi. Dan kadang tu kita pergi, macam di Kuantan tu saya pergi selalu saya pergi berjalan kaki pergi makan cendol, cendol ais kacang ke dan pergi kedai buku. So macam itu lah, dulu lah.
SIFAT YANG DIWARISI DARIPADA ALMARHUM PADUKA AYAHANDA
[Ashwad] Patik ada baca titah Tuanku sebelum ini... Almarhum Paduka Ayahanda Sultan merupakan idola Tuanku. Mungkin Tuanku boleh berkongsi kenangan bersama, apakah detik-detik yang tidak boleh dilupakan dan pengalaman itu membentuk satu pandangan hidup atau worldview Tuanku sekali gus
menjadi asas kepimpinan Tuanku.
[Al-Sultan Abdullah] Apa yang saya ingat berkaitan dengan penglibatan Almarhum Paduka Ayahanda saya ialah sewaktu rakyat dalam kesusahan. Khususnya segi di dalam suasana banjir, dalam suasana mereka kehilangan kaum keluarga ya... accident ke, lemas ke.
Dan Ayahanda saya, dan saya sendiri pun rasa terpanggil untuk membantu dalam semua apa segi sekalipun. Dan kadangkala bila Ayahanda saya tidak ada, saya pun terpanggil juga, mesti buat ini, mesti pergi jumpa rakyat, mesti bantu mereka.
Secara automatis, kalau saya tak pergi saya rasa bersalah. Saya rasa bersalah dan saya rasa resah. So that is my perasaan lah, perasaan saya kalau saya baca, saya tengok kalau saya tak dapat nak bantu saya rasa tak sedap... hati tak sedap.
So itulah antara sifat yang saya turun dari Paduka Ayahanda saya.
[Cynthia] Mungkin dari segi kepimpinan, Tuanku dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada usia amat muda sekali, 20 tahun... mungkin pengalaman itu membentuk cara kepimpinan Tuanku sehingga sekarang.
[Al-Sultan Abdullah] Betul, melalui proses saya dari muda, daripada lantikan sebagai Tengku Mahkota, usia yang muda, 15 tahun. Kemudian saya diberi segala amanah, segala tanggungjawab oleh Paduka Ayahanda saya.
Saya percayai tentu ada sebab-sebab yang tertentu, Ayahanda saya telah memberi tanggungjawab sedemikian muda.
Dan inilah hasil daripada apa yang saya melalui kehidupan saya iaitu banyak, banyak perkara-perkara yang berkaitan dengan rakyat, ataupun kerajaan, ataupun organisasi, ataupun keluarga, dia selalu, Ayahanda saya selalu melepaskan kepada saya. Tolong sort this out, tolong tengok ni, tolong bantu ini, tolong perbetulkan ini.
So, dengan pengalaman yang diberi pada saya ketika itu so saya dapat nilai lah, dapat terap, dan dapat mengamalkan terus sehinggalah kini, Insya-Allah.
RAJA PERMAISURI AGONG, CINTA HATI TUANKU
[Ashwad] Ramai yang kirim soalan. Tuanku Ampun Tuanku, kami tahu Raja Permaisuri Agong suka, bukan sahaja suka malah pandai masak... Tuanku sendiri macam mana?
[Al-Sultan Abdullah] Pandai makan. Saya pandai makan. Tapi tidak boleh nafi lah, saya akui iaitu Permaisuri memang pandai.
Dan begitu tahu lah selok-belok tentang masakan dan masak sendiri dan kalau makan dia rasa lain macam dia tahu apa ini kurang, apa yang kekurangan di sini. Lebih daripada itu, saya nak berkongsi di sini bukan saja dia pandai memasak, tetapi dia cepat pula tau. Cepat pula tu dia memasak.
Dan ini yang saya cukup kagumlah. Saya kalau saya duduk di meja makan tu, oh dia kata dia nak masak ini sekali untuk saya ni, tak sampai berapa minit dah siap. So that is something that to know.
[Ashwad] Macam masakan ikan patin lah contohnya?
[Al-Sultan Abdullah] Ikan patin, ataupun taucu, dan burger ke. Tak lah lama sangat tapi cukuplah, cukup masa dan cepat lah juga tu yang saya kagum tu.
[Cynthia] Apa masakan kegemaran Tuanku yang dimasak oleh Raja Permaisuri Agong?
[Al-Sultan Abdullah] Oh tu, gulai kicap, ayam masak kicap...masakan orang putih, western food, as I said just now, burger, roasted beef, Shepherd's pie, chicken pie...dan macam macam lagi lah.
Antara lauk yang suka, saya suka taucu, dulu taucu sotong, taucu ikan, dan golek ayam… lapar la pula.
[Ashwad] Kalau patik tu seminggu main tenis empat kali Tuanku…Tuanku pergi jogging tiap-tiap hari ke macam mana?
[Al-Sultan Abdullah] Ya itulah, yelah saya pergi gim, cuba pergi sekerap yang boleh tapi saya mengalami sedikit kecederaan ni, lama lah saya tak pergi.
SUKAN ITU RUTIN KEHIDUPAN SAYA
[Cynthia] Bercakap mengenai sukan, sukan ibarat mengajar tentang kehidupan, apa pula makna sukan kepada Tuanku kerana Tuanku seorang yang sangat aktif bersukan - polo, tenis, hoki, bola sepak...skuasy.
[Al-Sultan Abdullah] Saya anggap sukan ni sebagai satu daripada rutin harian saya, ya dalam kita sibuk membuat urusan lain, kita tidak boleh lupa memberi masa untuk menyihatkan tubuh badan kita. Saya anggap sukan ni sebagai satu amalan pada saya.
Khususnya apabila kita dah berusia lah, sekurang-kurangnya kita berjalan ya, setengah jam, 20 minit or setengah jam sehari. Berapa langkah kalau boleh. Sekarang orang sibuk, 10,000 sekarang. Everyday keeps the doctor away. And whatever sport you do, it’s good for your heart lah.
Saya memandangkan kalau kita bersukan ni, kita kena bersukan untuk menyihatkan jantung kita, engine kita. So bukan sekadar nak berpeluh, tapi you have to work your heart out.
[Ashwad] Tuanku sebagai pemain polo... kata sahabat Tuanku, Tuanku jarang score goal tetapi lebih berperanan, lebih bertindak sebagai mastermind, arkitek serangan... more to a strategist. Adakah Tuanku melihat diri Tuanku sebagai strategist?
[Al-Sultan Abdullah] Sahabat mana yang cakap ni?
[Ashwad] Datuk Hatta Ali kita.. Datuk Hatta ada memberitahu…
[Al-Sultan Abdullah] Role saya dalam berpasukan, apabila saya, tengok macam mana tahap mana saya, level mana saya main.
I’m a more playmaker or strategist like you said, saya penggerak dalam pasukan itu dan saya akan hantar bola kepada penyerang-penyerang ataupun sesiapa sekali ada di atas supaya dia orang dapat menghasilkan gol. It’s a team game.
So whether I score or I don’t score, but ultimately we have to win. And that’s more important.
PANDANGAN TUANKU MENGENAI KEMAJUAN TEKNOLOGI
[Cynthia] Dunia berubah pantas seiring kemajuan teknologi, apa yang terlintas di fikiran Tuanku apabila melihat orang contohnya, berselfie, berinstagram...?
[Al-Sultan Abdullah] Fuh, ya betul. Saya dah usia 60, dah dekat 60. Saya nampak zaman memang macam tadi cakap, zaman beredar begitu pantas dan cepat dan canggih, dengan adanya alat-alat digital dan alat-alat media ni.
Saya rasa macam peringkat umur saya ni dah tak terikut dah. Cuma yang generasi yang muda ni perlu mengikut lah kecanggihan dan kepantasan era teknologi moden ini.
[Ashwad] Jika kita lihat Forum Ekonomi Sedunia (WEF) ada ramal 52 peratus kerja sekarang, mungkin lagi lima enam tahun akan diganti dengan robot. Dan melihat senario itu, apa yang terlintas di fikiran Tuanku.
[Al-Sultan Abdullah] Ya saya ada baca - memang, tetapi itu bidang, itu juga tertakluk kepada bidang apa? Ini mungkin tertakluk kepada bidang high-tech. High-tech ataupun heavy industries lah, mungkin tak secara keseluruhannya.
Kalau sesebuah negara mempunyai satu labour force yang besar, tak sesuai untuk mereka untuk mengguna robot sebagai tu kerana rakyat mungkin tidak ada pekerjaan bagi mereka.
Saya rasa ini terpulang kepada pihak kerajaan sendiri. Mereka harus tahu bilakah, di manakah - where robots should be applicable and where robots should not be applicable. Depends on the industries.
HARAPAN TUANKU KEPADA CUCUNDA
[Ashwad] Apabila Tuanku tatap wajah cucunda Tuanku, Tengku Adam Ibrahim Shah contohnya… As a grandfather, berimaginasi dan beraspirasi, bagaimana Tuanku mahu cucunda Tuanku itu dibesarkan
[Al-Sultan Abdullah] Saya harap, saya berdoa itu cucunda saya, cucunda yang akan saya dapat ni, nanti juga, harap mereka jadi anak yang berwibawa ataupun cucu yang berwibawa, dan mempunyai sifat-sifat yang mulia, dan yang baik, dan pandai ya.
Dan saya harap... saya sentiasa berdoa supaya mereka menjadi insan yang bergunalah kepada keluarga dan negara, Insya-Allah.
MESEJ TUANKU KEPADA RAKYAT SEMPENA HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA
[Cynthia] Tak lama lagi negara akan sambut Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia - apa makna merdeka kepada Tuanku?
[Al-Sultan Abdullah] Bagi saya dan saya harap juga bagi semua lah, kalau kita sama sama menilai pentingnya Hari Merdeka ini, bukan sekadar harinya tersebut sahaja. Bukan 31 Ogos semata-mata tetapi, kita harus lihat sejarahnya, macam mana kita memperolehi Merdeka.
Dan macam mana negara ini maju sepanjang 62 tahun. Dan lebih pada itu kita tengok juga sejarah lama-lama – macam mana Malaysia ditubuh dan Alhamdulillah kita harus rasa bersyukur kerana kita telah mencapai satu tahap negara kita yang begitu moden yang maju. Mungkin ada sedikit sebanyak yang perlu diperbaiki, ini tidak bermakna kita tidak menghargai Merdeka.
Tetapi kita harus meneruskan usaha untuk memperbaiki agenda memperbaharu Malaysia dan memberi kesenangan dan freedom kepada rakyat, tetapi biarlah ada batasnya supaya kita tahu sensitiviti di antara kaum, di antara bangsa.
Dan mudah-mudahan kita tidak berada di dalam keadaan yang tidak sempurna di masa-masa akan datang. Ini mustahak, saya nak menyatakan di sini panjang sikit ni, supaya kita semua dapat menghayati the true sense of Merdeka.
BAIK RAJA, PEMIMPIN, MAHUPUN RAKYAT, SEMUA MAHU MALAYSIA MAJU
[Cynthia] Akhir sekali Tuanku, apakah mesej Tuanku kepada rakyat Malaysia semua?
[Al-Sultan Abdullah] Kesempatan di sini saya harap dan berdoa supaya setiap daripada kita harus menghayati semangat negara Malaysia, semangat sebagai rakyat Malaysia. Dan melalui ini saja lah kita dapat menyatukan semua bangsa, agama, dan melalui ini kita semua dapat hidup dalam keadaan cukup aman dan harmoni.
Dan mudah-mudahan setiap di antara kita dapat merasai kesejahteraan daripada negara kita. Dan ini lah impian setiap pemimpin dan setiap Raja di negara kita ini. Baik dia orang Pahang ke, orang Perak ke, orang Selangor ke, orang Johor ke, orang Kelantan.
Dia mempunyai aspirasi untuk hidup dengan penuh kesejahteraan. So, saya harap dengan adanya kestabilan negara dan rakyat yang bersatu, mungkin kita dapat pergi jauh dan dapat rasa berbangga dengan kejayaan yang telah kita capai dan akan capai, Insya-Allah.
[Ashwad] Patik-patik sekalian mewakili keluarga besar Astro menjunjung kasih Tuanku. Semoga Allah Taala memberkati pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku.
[Cynthia] Daulat Tuanku.
[Al-Sultan Abdullah] Terima kasih, terima kasih pihak Astro semua.
* Tonton temu bual eksklusif bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah di Saluran 501 Astro AWANI malam ini pada jam 9 malam.
Firdaus Azil
Tue Jul 30 2019
'Kalau sesebuah negara mempunyai satu 'labour force' yang besar, saya rasa tak sesuai untuk mereka untuk mengguna robot sebagai tu (pengganti tenaga kerja).' - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
MTDC komited pacu teknologi 4IR ke arah pertumbuhan mampan
Potensi teknologi 4IR boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan produktiviti, malah untuk mencipta peluang baharu.
RMK12: Kurikulum STEM baharu diperkenal, persediaan pelajar kuasai 4IR
Kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang baharu, merangkumi bidang teknologi digital akan diperkenalkan bagi menyediakan pelajar untuk menguasai 4IR.
Pusat 4IR pupuk penglibatan PKS, rantaian tenaga kerja tempatan
Peranan pusat itu penting dalam mewujudkan ekosistem berterusan dan rantaian tenaga kerja untuk merangsang pelaburan langsung domestik.
Malaysia Tech Month 2021 promosi pelaburan ekonomi digital negara
Ia sejajar dengan Strategi Pelaburan Future 5 MDEC (DIF5) yang mempromosikan pelaburan dalam ekonomi digital dan mengukuhkan negara sebagai Nadi Digital ASEAN.
Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara dilancarkan
Dasar Revolusi Perindustrian Keempat mengabungkan dunia digital, fizikal dan biologi merangkumi empat teras utama.
COVID-19 persiapkan rakyat depani gaya hidup berlandaskan inovasi, teknologi
MCMC berkata pandemik COVID-19 juga telah mempercepatkan pembangunan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat dan pelaksanaan ekonomi digital.
Majlis Ekonomi Digital: Enam kluster dikenal pasti sebagai komponen penggerak
Enam kluster telah dikenal pasti sebagai komponen penggerak agenda ekonomi digital dan 4IR yang akan dipengerusikan oleh menteri berkaitan.
Malaysia 5.0 - Dasar 4IR National
Malaysia 5.0 menggariskan pendekatan -penyelesaian masalah- terhadap cabaran dan masalah rakyat melalui penggunaan dan pelaksanaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat.
#MyAPEC2020: Kelestarian inovasi 4IR teras ekonomi mampan
Dalam menangani Revolusi Perindustrian Keempat, APEC 2020 turut menengahkan kelestarian inovasi dalam teras ekonomi mampan bagi mendapatkan kerjasama 21 anggota ekonomi yang bakal bersidang Nov depan.
#AgongKita: Temu bual penuh bersama YDP Agong Al-Sultan Abdullah
Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng mencari sisi lain Raja kelahiran Pahang itu.