KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kemampuan negara menguasai 4IR, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.
Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat itu mengabungkan dunia digital, fizikal dan biologi merangkumi empat teras utama.
"Pertama, melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan 4IR.
"Kedua, membentuk negara yang mempunyai kesalinghubungan melalui pembangunan infrastruktur digital.
"Ketiga, menyediakan peraturan yang sesuai dengan keperluan masa hadapan supaya fleksibel terhadap perubahan teknologi, dan terakhir, mempercepat inovasi dan penerimagunaan teknologi 4IR," jelasnya dalam Majlis Pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara secara maya pada Khamis.
Keempat-empat dasar itu, jelas Mustapa, akan menjadi panduan kepada kementerian dan agensi dalam merangka program berkaitan 4IR.
"Teras ini akan dilaksana berpandukan 16 strategi, 32 inisiatif nasional dan 60 inisiatif sektoral yang telah dikenal pasti.
"Bagi mengurangkan potensi risiko berkaitan sosial yang wujud daripada 4IR, elemen kepercayaan, inklusiviti, keselamatan siber, etika dan nilai akan diterapkan dalam semua inisiatif," katanya lagi.
Dalam majlis sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata kerajaan telah mengenal pasti lima teknologi teras untuk membina keupayaan tempatan.
Ia melibatkan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), blockchain dan teknologi lejar teragih (DLT), bahan termaju dan disokong oleh pengkomputeran awan (cloud computing) dan analisis data raya (BDA).
"Seperti mana yang telah dapat kita lihat pada hari ini, kesemua lima teknologi teras ini sememangnya telah memberi kesan kepada kehidupan seharian dan cara kita melakukan sesuatu perkara.
"Baik melalui big data analytics, AI, cloud computing, blockchain mahupun IoT, kesemuanya telah membantu manusia daripada segi perancangan, pelaksanaan mahupun keputusan.
"Walaupun Malaysia bukanlah negara yang paling terkehadapan dalam pengadaptasian teknologi, namun Malaysia juga bukanlah negara yang terkebelakang," katanya.
Malah, jelas Khairy, dasar berkenaan dilihat sebagai komitmen kerajaan untuk mempersiapkan masyarakat dan perniagaan menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang yang wujud daripada revolusi perindustrian.
"Bagi meningkatkan kadar pengunaan teknologi 4IR yang bersifat disruptif, pendekatan ‘future by design’ seperti venture builder perlu digunakan dengan pembangunan ekosistem yang kondusif dan inklusif.
"Ia merangkumi rantaian bekalan dan nilai untuk membolehkan pihak industri mencipta produk-produk bernilai tinggi yang bersesuaian dengan kehendak pasaran tempatan dan global.
"Melalui pendekatan quadruple helix pula, pelbagai peluang baharu yang memacu ke arah keseimbangan sosio-ekonomi yang mampan," jelas Khairy lagi.
MOSTI, ujarnya, sentiasa menyokong usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi melalui pembangunan teknologi sekali gus melengkapi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (2021-2030).
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Khamis.
Dasar 4IR bakal melibatkan 10 sektor iaitu Pembuatan, pengangkutan dan logistik, penjagaan kesihatan, pendidikan, pertanian, utiliti, kewangan dan insurans, perkhidmatan profesional saintifik dan teknikal, perdagangan borong dan runcit dan pelancongan.
Manakala enam lagi sektor sokongan bagi dasar itu antaranya pembinaan, harta tanah, perlombongan dan pengkuarian, perkhidmatan maklumat dan komunikasi, perkhidmatan keseniaan, hiburan dan rekreasi dan pentadbiran dan khidmat sokongan.
Fareez Azman
Thu Jul 01 2021
![Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara dilancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara dilancarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625106278_TBIR.jpg)
Mustapa dan Khairy Jamaluddin melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kemampuan negara menguasai 4IR. -Facebook live
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![MTDC komited pacu teknologi 4IR ke arah pertumbuhan mampan MTDC komited pacu teknologi 4IR ke arah pertumbuhan mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730284680_MohammadHazaniHj.jpg)
MTDC komited pacu teknologi 4IR ke arah pertumbuhan mampan
Potensi teknologi 4IR boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan produktiviti, malah untuk mencipta peluang baharu.
![RMK12: Kurikulum STEM baharu diperkenal, persediaan pelajar kuasai 4IR RMK12: Kurikulum STEM baharu diperkenal, persediaan pelajar kuasai 4IR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694410905_Rocketeer.jpg)
RMK12: Kurikulum STEM baharu diperkenal, persediaan pelajar kuasai 4IR
Kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang baharu, merangkumi bidang teknologi digital akan diperkenalkan bagi menyediakan pelajar untuk menguasai 4IR.
![Pusat 4IR pupuk penglibatan PKS, rantaian tenaga kerja tempatan Pusat 4IR pupuk penglibatan PKS, rantaian tenaga kerja tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684224668_TBZAFRULMITI.jpg)
Pusat 4IR pupuk penglibatan PKS, rantaian tenaga kerja tempatan
Peranan pusat itu penting dalam mewujudkan ekosistem berterusan dan rantaian tenaga kerja untuk merangsang pelaburan langsung domestik.
![Malaysia Tech Month 2021 promosi pelaburan ekonomi digital negara Malaysia Tech Month 2021 promosi pelaburan ekonomi digital negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627706792_TBmdec.jpg)
Malaysia Tech Month 2021 promosi pelaburan ekonomi digital negara
Ia sejajar dengan Strategi Pelaburan Future 5 MDEC (DIF5) yang mempromosikan pelaburan dalam ekonomi digital dan mengukuhkan negara sebagai Nadi Digital ASEAN.
![Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara dilancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara dilancarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625106278_TBIR.jpg)
Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara dilancarkan
Dasar Revolusi Perindustrian Keempat mengabungkan dunia digital, fizikal dan biologi merangkumi empat teras utama.
![COVID-19 persiapkan rakyat depani gaya hidup berlandaskan inovasi, teknologi COVID-19 persiapkan rakyat depani gaya hidup berlandaskan inovasi, teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603343325_WFH.jpg)
COVID-19 persiapkan rakyat depani gaya hidup berlandaskan inovasi, teknologi
MCMC berkata pandemik COVID-19 juga telah mempercepatkan pembangunan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat dan pelaksanaan ekonomi digital.
![Majlis Ekonomi Digital: Enam kluster dikenal pasti sebagai komponen penggerak Majlis Ekonomi Digital: Enam kluster dikenal pasti sebagai komponen penggerak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605013685_MuhyiddinYassin.jpg)
Majlis Ekonomi Digital: Enam kluster dikenal pasti sebagai komponen penggerak
Enam kluster telah dikenal pasti sebagai komponen penggerak agenda ekonomi digital dan 4IR yang akan dipengerusikan oleh menteri berkaitan.
![Malaysia 5.0 - Dasar 4IR National Malaysia 5.0 - Dasar 4IR National](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591156140_ArtificialIntellige.jpg)
Malaysia 5.0 - Dasar 4IR National
Malaysia 5.0 menggariskan pendekatan -penyelesaian masalah- terhadap cabaran dan masalah rakyat melalui penggunaan dan pelaksanaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat.
![#MyAPEC2020: Kelestarian inovasi 4IR teras ekonomi mampan #MyAPEC2020: Kelestarian inovasi 4IR teras ekonomi mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71575861501_BPAPEC.jpg)
#MyAPEC2020: Kelestarian inovasi 4IR teras ekonomi mampan
Dalam menangani Revolusi Perindustrian Keempat, APEC 2020 turut menengahkan kelestarian inovasi dalam teras ekonomi mampan bagi mendapatkan kerjasama 21 anggota ekonomi yang bakal bersidang Nov depan.
![#AgongKita: Temu bual penuh bersama YDP Agong Al-Sultan Abdullah #AgongKita: Temu bual penuh bersama YDP Agong Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51563165767_TBAGONG.jpg)
#AgongKita: Temu bual penuh bersama YDP Agong Al-Sultan Abdullah
Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng mencari sisi lain Raja kelahiran Pahang itu.