Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengalu-alukan kritikan bersifat membina tetapi bukan pandangan ekstrem yang mahukan institusi itu dilenyapkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata Jakim telah menyumbang kepada perkembangan Islam yang positif di negara ini namun tidak menafikan institusi itu perlu menerima kritikan untuk memperbaiki kelemahan bagi meningkatkan perkhidmatannya kepada masyarakat.
"Kita tak pernah bersifat defensif apabila dikritik, tetapi bagi saya pandangan supaya memansuhkan (Jakim) agak ekstrem dan kalau benar apa yang dilaporkan, seolah-olah nak kembalikan Malaysia ke zaman Jahiliyyah dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang memetik kenyataan anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfiq Tun Ismail, yang mahu Jakim dimansuhkan kerana dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini.
Asyraf Wajdi ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Komuniti ASEAN bertemakan Ketamadunan Islam dalam Komuniti ASEAN: Cabaran dan Harapan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini hari ini.
Asyraf Wajdi berkata isu itu tidak perlu dipanjangkan kerana ia tidak mewakili suara majoriti sebaliknya hanya pandangan sebilangan individu yang tidak memahami kerangka sejarah perkembangan Islam di negara ini.
"Saya rasa dalam suasana hari ini masyarakat Islam sudah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap agama. Kita tidak boleh kembali kepada zaman di mana kita boleh sewenang-wenangnya berfoya-foya dengan perkara yang jelas diharamkan dalam Islam," tambahnya.
Beliau sebelum ini turut dilaporkan sebagai berkata bahawa tanggungjawab Jakim bukan sekadar melindungi kesucian agama Islam, malah melibatkan isu global termasuk isu Syiah dan kumpulan militan IS.
Asyraf Wajdi berkata untuk itu kewujudan Jakim tidak sepatutnya dipersoalkan lagi kerana ia berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan berfungsi sebagai benteng bagi menangani sebarang agenda menggugat kedudukan Islam di negara ini.
Bernama
Wed Nov 11 2015
DR ASYRAF: Kita tak pernah bersifat defensif apabila dikritik, tetapi bagi saya pandangan supaya memansuhkan (Jakim) agak ekstrem dan kalau benar apa yang dilaporkan, seolah-olah nak kembalikan Malaysia ke zaman Jahiliyyah dahulu. - Gambar fail
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
PRK Mahkota: Seluruh jentera Kerajaan Perpaduan digerak sepenuhnya - Asyraf Wajdi
Seluruh jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan digerakkan sepenuhnya pada PRK DUN Mahkota, Johor bagi memenangi hati serta sokongan pengundi.