KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara mengemukakan tiga syor kepada kerajaan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Dis 2022.
Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata syor itu adalah bagi pengesahan penyata kewangan berkenaan antaranya supaya kerajaan meningkatkan disiplin perbelanjaan mengurus, memperkasa usaha penjanaan hasil dan pemantauan bayaran balik pinjaman.
"Kedua untuk memastikan dana kumpulan wang pembangunan dibelanjakan bagi projek-projek fizikal dan bukan fizikal yang termasuk di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia lima tahun.
"... dan ketiga untuk memastikan setiap pelaporan dan persembahan dalam butiran penyata kewangan adalah selaras dengan piawaian perakaunan dan peraturan kewangan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Berdasarkan ringkasan eksekutif Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), syor itu antara lain merupakan langkah penting supaya lebihan hasil dapat ditingkatkan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman baharu.
Wan Suraya juga berkata Malaysia menunjukkan prospek ke arah pemulihan ekonomi selepas pandemik dengan Laporan Ketua Audit Negara tahun ini mempamerkan prestasi kewangan yang stabil dan meningkat.
"... secara keseluruhan, ia jauh lebih baik berbanding tahun lepas, ia stabil dan saya berpendapat bahawa jika kita terus membayar hutan dan pada masa sama menjana lebih banyak wang serta lebih banyak wang diperuntuk bagi belanja pembangunan, saya rasa ia adalah jalan ke arah pemulihan. Kita tidak sabar menantikan apa yang akan dibentang oleh Kementerian Kewangan (MOF) Jumaat ini.
"Ia juga adalah apa yang kita bayangkan dan apa yang kami, sebagai Jabatan Audit Negara, terus mendesak MOF agar memastikan terdapat lebih banyak peruntukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan pada masa sama, menguruskan hutang," katanya.
LKAN dibentang di Parlimen setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 26 Sept lepas dan ia mengandungi 15 naskhah membabitkan dua di peringkat Persekutuan iaitu Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 serta Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021.
Sebanyak 13 naskhah lagi ialah LKAN peringkat negeri mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Tahun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Wan Suraya berkata syor itu adalah bagi pengesahan penyata kewangan berkenaan antaranya supaya kerajaan meningkatkan disiplin perbelanjaan mengurus, memperkasa usaha penjanaan hasil dan pemantauan bayaran balik pinjaman. - Gambar/ Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.

PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Julai 2024.

Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.

Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu
Seramai 10 individu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan isu tadbir urus HRD Corp.

Penggunaan paip AC punca NRW tinggi - PETRA
Kadar air tidak terhasil (NRW) yang tinggi secara dasarnya disebabkan oleh paip terutamanya jenis simen asbestos (AC) yang dipasang 30 hingga 50 tahun lepas telah menjangkaui jangka hayat.

Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF
Kerajaan menjangkakan tiada sebarang peningkatan kos yang ketara bagi projek infrastruktur Rapid Transit System Link (RTS Link) sehingga tamat tempoh pembinaannya.

SPRM bawa keluar 3 kotak berisi dokumen dari pejabat HRD Corp
Sepasukan anggota dan pegawai SPRM tersebut dilihat membawa bersama tiga buah kotak dipercayai berisi dokumen berkaitan HRD Corp yang dikaitkan dengan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.

Fadillah akan jumpa KKDW selesai isu bekalan air luar bandar Sarawak, Sabah
Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi membincangkan isu projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak dan Sabah.