Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional hari ini membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa memuat naik gambar menghina pakaian wanita Islam berniqab dalam laman media sosial Facebook.
Presiden pakatan itu, Zulkarnain Mahdar berkata gambar yang dimuat naik pada 13 Disember lepas turut disertakan lukisan kartun seolah-olah melambangkan ketakutan seseorang apabila melihat wanita berpakaian mengikut syariat Islam itu.
Katanya perbuatan itu jelas memperlihatkan provokasi melampau terhadap wanita bertudung selain cuba menggambarkan golongan itu terlibat dengan aktiviti keganasan.
"Perbuatan dia (Nga Kor Ming) boleh mencetuskan persengketaan antara agama. Adakah dia mahu kami membalas balik perbuatannya?", katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini, hari ini.
Zulkarnain berkata Nga tidak sepatutnya mempersendakan dan mempolitikkan perkara berkaitan agama sehingga boleh mengganggu keamanan negara.
Katanya walaupun Nga mempunyai pandangan tersendiri mengenai cadangan supaya pramugari memakai pakaian muslimah tetapi adalah tidak wajar membuat perbandingan dengan wanita berniqab.
Beliau berkata pihaknya akan menghantar memorandum ke Ibu Pejabat DAP pada Selasa depan sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Nga selain memfailkan saman terhadap anggota Parlimen itu.
Bernama
Fri Dec 18 2015
Gambar yang dimuat naik pada 13 Disember lepas oleh Nga Kor Ming turut disertakan ilustrasi kartun seolah-olah melambangkan ketakutan seseorang apabila melihat wanita berpakaian mengikut syariat Islam itu. - Gambar fail
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.