SHAH ALAM: Isu bekalan makanan sepatutnya sudah dalam jangkaan pihak bertanggungjawab disebabkan faktor pandemik dan cuaca.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian dan agensi berkaitan seharusnya mempunyai pelan kontingensi yang telah direka untuk menangani hal yang sudah diduga akan berlaku.
Tambahnya, beliau pernah menyuarakan kerisauan tentang peningkatan harga ikan disebabkan kekurangan bekalan ayam dan kebimbangan itu ternyata berasas.
“Selepas isu kekurangan bekalan ayam melanda negara sehinggakan bos Mydin terpaksa ke Thailand mencari bekalan, kini bekalan ikan pula dilaporkan berdepan masalah.
“Tentunya keadaan lebih memburuk apabila pendaratan ikan terutama di utara semenanjung dilaporkan berkurangan sehingga 70 peratus.
“Daripada lebih sejuta tan kepada hanya kira-kira 300,000 tan sebulan berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak dua bulan lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Pada Sabtu, Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Mohd Faiz Fadzil mendakwa masalah kekurangan ikan ketika ini berpunca daripada pengurusan dan pengendalian agensi kerajaan yang terlibat sehingga memberi kesan kepada pengguna.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, malangnya hanya sikap menunding jari sahaja yang berlaku.
“Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendakwa masalah birokrasi dan sistem penyampaian yang lemah punca kekurangan bekalan ikan di negara ini.
“Beliau mendakwa telah membentangkan masalah bekalan ikan kepada lembaga pengarah yang dianggotai oleh kementerian berkaitan.
“Iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Kewangan (MOF) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) agar tindakan segera diambil.
“Namun dakwanya masih tiada jawapan balas mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga ikan,” ujarnya.
Tambah beliau, rakyat tidak peduli dan tiada masa untuk adegan salah menyalah kerana mereka yang terpaksa menanggung kesannya.
“Rakyat perlukan solusi pantas dan tentunya kementerian serta agensi yang dipertanggungjawabkan perlu menyelesaikannya.
“MAFI, MOF, EPU dan LKIM perlu sepakat dan bertindak segera jika benar masalah birokrasi dan sistem penyampaian yang lemah punca permasalahan,” jelasnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 30 2022
AHMAD ZAHID: MAFI, MOF, EPU dan LKIM perlu sepakat dan bertindak segera jika benar masalah birokrasi dan sistem penyampaian yang lemah punca permasalahan. -Gambar fail/BERNAMA
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
24 projek KKDW yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022 siap sebelum RMK13 - Ahmad Zahid
Sejumlah 24 projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sarawak yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022, akan siap sebelum pelancaran RMK13.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.