KOTA KINABALU: Lebih kurang 20,000 warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhadapan dengan krisis air meskipun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak universiti untuk menyelesaikan masalah terbabit.
Antara langkah yang telah diambil oleh UMS sejak dari awal, menurut Timbalan Naib Canselor Profesor Madya Dr. Raman Noordin, termasuk menggunakan perkhidmatan lori tangki Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melibatkan 400,000 liter air sehari.
"Bekalan ini diperolehi daripada Loji Rawatan Air Moyog, Penampang, melibatkan 20 kali penghantaran lori tangki air sehari atau anggaran kapasiti sehingga 400,000 liter sehari dibekalkan untuk kegunaan kolej kediaman pelajar dan juga bangunan sekitar dalam kampus," ujar Raman dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Antara lain, UMS juga menurut beliau telah membuat satu sistem perpaipan daripada punca air bukit, dalam kampus yang mampu membekalkan air sehingga 80,000 liter sehari.
Sebanyak RM350,000 turut diperuntuk bagi pelaksanaan inovasi bekalan sumber air dalaman seperti air graviti, air bawah tanah dan air hujan selain tangki-tangki tambahan di luar kolej-kolej kediaman yang lengkap dengan sistem pam dan perpaipan turut disediakan.
Mengulas mengenai isu air yang ditularkan oleh beberapa pelajar UMS di laman sosial baru-baru ini, Raman berkata masalah bekalan air yang dihadapi universiti terbabit turut dirasai secara menyeluruh oleh penduduk sekitar Tuaran, Tamparuli, dan Sepanggar.
"Ia memandangkan loji yang membekalkan air terawat di kawasan-kawasan ini iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Telibong, Tuaran hanya mampu menghasilkan bekalan air terawat sekitar 164 juta liter sehari (MLD) berbanding keperluan sebenar sebanyak 190 MLD.
"Pada masa yang sama, kerja-kerja pemindahan dan naik taraf saluran paip di sepanjang jalan Pan Borneo juga sedang dijalankan. Maka dengan itu, pihak JANS mengambil pendekatan mengadakan catuan bekalan air.
"Kampus induk UMS sahaja memerlukan sekitar 3 MLD hingga 5 MLD sehari untuk menampung keperluan air terawat di dalam kampus," Raman menambah.
Terdahulu, tular ciapan di Twitter mengenai isu air UMS yang didakwa mengganggu aktiviti seharian warga universiti tempatan itu baru-baru ini.
Abdul Hafiz Mustadi
Fri May 12 2023
![Isu bekalan air: 20,000 warga Universiti Malaysia Sabah terjejas Isu bekalan air: 20,000 warga Universiti Malaysia Sabah terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657800738_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
Masalah bekalan air yang dihadapi universiti terbabit turut dirasai secara menyeluruh oleh penduduk sekitar Tuaran, Tamparuli, dan Sepanggar. - Gambar hiasan
![PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720239804_tbChowKonYeow.jpg)
PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berharap peratusan keluar mengundi bagi PRK Sungai Bakap hari ini melebihi 65 peratus.
![Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720195269_TBwatson.jpg)
Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara
Bersempena dengan ulang tahun ke-30, peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia, menjalin kerjasama baharu dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.
![Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719657438_MasoudPezeshkian.jpg)
Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran
Masoud Pezeshkian mendahului pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran selepas 70 peratus undi selesai dikira setakat ini.
[TERKINI] LKAN: UIAM nafi tidak mampu bayar hutang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan pihaknya berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang, seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang, di Dewan Rakyat Khamis lalu.
UIAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, pengurusan universiti itu tidak pernah mengambil sebarang pinjaman berbentuk hutang sehingga hari ini.
UIAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, pengurusan universiti itu tidak pernah mengambil sebarang pinjaman berbentuk hutang sehingga hari ini.
![Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin
Bagi GPI, Malaysia berada di kedudukan ketiga di peringkat Asia Pasifik, iaitu di belakang New Zealand dan Singapura.
Lahir 'darah pahlawan', Jojo juga amal disiplin ketat
Tiada apa yang mustahil, jika bekalan displin, minat, dan konsistensi diterapkan dalam sukan yang diceburi.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Johan 'Jojo' Ghazali mahu buka gelanggang di Sarawak?
Meskipun baru menginjak usia 18 tahun, sensasi muay thai negara Johan 'Jojo' Ghazal' tidak menolak kemungkinan untuk membawa sukan muay thai ke suatu tempat yang lebih tinggi.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Bukan sahaja menjadi platform dalam membawa pengalaman baharu untuk Astro lebih dekat kepada pelanggan malah Jelajah Hello Kedah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar mampu menjadi ruang terbaik untuk komuniti sekitar bertemu artis-artis kegemaran masing-masing.
![EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720240313_KylianMbappe.jpg)
EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan
Deschamps berkata adalah menjadi satu tindakan yang sia-sia untuk membiarkan Kylian Mbappe yang tampak keletihan untuk 15 minit terakhir masa tambahan.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran Petropoda berbahaya di perairan Mersing
Jabatan Perikanan Johor mengeluarkan amaran mengenai kehadiran sejenis hidupan laut gastropoda berbahaya yang dikenal pasti sebagai Petropoda Khususnya di perairan daerah Mersing.
![Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716326349_TBArmidaSalsiah.jpg)
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
![Isu bekalan air: 20,000 warga Universiti Malaysia Sabah terjejas Isu bekalan air: 20,000 warga Universiti Malaysia Sabah terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657800738_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
Isu bekalan air: 20,000 warga Universiti Malaysia Sabah terjejas
UMS juga telah membuat satu sistem perpaipan daripada punca air bukit, dalam kampus yang mampu membekalkan air sehingga 80,000 liter sehari.
!['Empangan Air Itam hanya mampu bertahan 40 hari, jimat air' - Exco Pulau Pinang 'Empangan Air Itam hanya mampu bertahan 40 hari, jimat air' - Exco Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683625264_parasairempangan.jpg)
'Empangan Air Itam hanya mampu bertahan 40 hari, jimat air' - Exco Pulau Pinang
Simpanan air Empangan Air Itam, di Pulau Pinang hanya mampu bertahan untuk 40 hari, manakala Empangan Teluk Bahang pula (146 hari) susulan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.
![NRECC bersedia hadapi krisis air akibat El Nino NRECC bersedia hadapi krisis air akibat El Nino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/71436109849_PaipAir.jpg)
NRECC bersedia hadapi krisis air akibat El Nino
Keadaan itu mengakibatkan kuantiti air mentah yang boleh diolah akan berkurangan.
![Krisis air 20 tahun di Felda Sungai Retang berakhir Krisis air 20 tahun di Felda Sungai Retang berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642503720_TBTANGKIAIR.jpg)
Krisis air 20 tahun di Felda Sungai Retang berakhir
Dua telaga tiub Wakaf Air beri kelegaan pada 700 penduduk Felda Sungai Retang, Jerantut.
![Bekalan air Lembah Klang pulih, semua loji rawatan kembali beroperasi Bekalan air Lembah Klang pulih, semua loji rawatan kembali beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607380459_TBLojiAirjpg.jpg)
Bekalan air Lembah Klang pulih, semua loji rawatan kembali beroperasi
Bacaan 0 TON dicapai sebanyak tiga kali setakat awal pagi tadi.
![Air Selangor rancang proses air laut atasi masalah bekalan di masa hadapan Air Selangor rancang proses air laut atasi masalah bekalan di masa hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607265123_CEOAirSelangor.jpg)
Air Selangor rancang proses air laut atasi masalah bekalan di masa hadapan
Suhaimi menjelaskan kaedah itu mungkin akan digunakan kerana permintaan air di Lembah Klang dijangka akan lebih meningkat pada masa hadapan.
![Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak antara lapan ditahan Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak antara lapan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61584626966_SACDatukFadzilAhm.jpg)
Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak antara lapan ditahan
Pengarah syarikat dan anak lelakinya adalah antara lapan yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran Sungai Selangor, sebentar tadi.
![Diskaun tidak akan selesaikan masalah pencemaran air - MB Selangor Diskaun tidak akan selesaikan masalah pencemaran air - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603076714_BekalanAir.jpg)
Diskaun tidak akan selesaikan masalah pencemaran air - MB Selangor
Perbelanjaan itu sepatutnya digunakan untuk menghalang daripada kegiatan sama berulang.
![Pencemaran Sungai Selangor: 13 peratus kawasan mula terima bekalan air Pencemaran Sungai Selangor: 13 peratus kawasan mula terima bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603122181_BathTubTap.jpg)
Pencemaran Sungai Selangor: 13 peratus kawasan mula terima bekalan air
Namun, sebanyak 1,130 lagi kawasan lain masih terjejas sehingga proses pemulihan diselesaikan sepenuhnya.