JERANTUT: Seramai 700 penduduk Felda Sungai Retang di sini, sudah boleh menarik nafas lega apabila masalah bekalan air yang dihadapi mereka selama 20 tahun berakhir berikutan dua telaga tiub Wakaf Air siap dibina di perkampungan itu.
Seorang penduduk, Ahmad Surin Sidek, 62, berkata, masalah iar di kawasan itu sudah berlarutan dan bertambah kronik setiap kali menjelang musim perayaan dan cuti persekolahan
Menurutnya, sekitar 100 buah rumah di sini kerap berhadapan dengan situasi itu sehingga menyukarkan urusan seharian mereka.
“Bila sudah ada Wakaf Air ini, keadaan air di rumah sudah bertambah baik. Kami sudah tidak perlu lagi risau dengan masalah air.
“Kalau tidak, bila anak dan cucu balik masa musim cuti sekolah, kami akan berhadapan dengan masalah kerana kapasiti pengguna bertambah,” katanya.
Sementara itu, Mat Diah Nasir, 64, berkata, dia merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat menjayakan projek Wakaf Air di felda berkenaan.
“Kami penduduk di Peringkat 4 sering menghadapi dengan masalah air kerana kedudukan perumahan ini yang lebih tinggi berbanding kawasan lain. Jadi, air memang susah nak naik.
“Tapi lepas siapnya Wakaf Air ini, saya lega sebab masalah air selesai. Saya tak perlu risau nak tadah air setiap hari kerana kadang-kadang air mengalir terlalu kecil," katanya.
Mat Diah berkata, Wakaf Air itu berfungsi sepenuhnya sekiranya bekalan air terputus di kawasan terlibat selain meningkatkan tekanan air untuk penggunaan isi rumah.
Ia berikutan pemasangan dua telaga tiub Wakaf Air di felda ini di mana penyerahan kepada wakil penduduk telah disempurnakan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Isnin.
Sebelum ini, sebanyak RM2 juta peruntukan dari dana Tabung Wakaf Air bakal dibelanjakan tahun bagi projek Wakaf Air seluruh negara.
Azizah Shafiei
Tue Jan 18 2022
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (empat dari kiri) menyampaikan sijil Penyerahan Wakaf Air kepada wakil penduduk Felda Sungai Retang.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Isu bekalan air: 20,000 warga Universiti Malaysia Sabah terjejas
UMS juga telah membuat satu sistem perpaipan daripada punca air bukit, dalam kampus yang mampu membekalkan air sehingga 80,000 liter sehari.
'Empangan Air Itam hanya mampu bertahan 40 hari, jimat air' - Exco Pulau Pinang
Simpanan air Empangan Air Itam, di Pulau Pinang hanya mampu bertahan untuk 40 hari, manakala Empangan Teluk Bahang pula (146 hari) susulan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.
NRECC bersedia hadapi krisis air akibat El Nino
Keadaan itu mengakibatkan kuantiti air mentah yang boleh diolah akan berkurangan.
Krisis air 20 tahun di Felda Sungai Retang berakhir
Dua telaga tiub Wakaf Air beri kelegaan pada 700 penduduk Felda Sungai Retang, Jerantut.
Bekalan air Lembah Klang pulih, semua loji rawatan kembali beroperasi
Bacaan 0 TON dicapai sebanyak tiga kali setakat awal pagi tadi.
Air Selangor rancang proses air laut atasi masalah bekalan di masa hadapan
Suhaimi menjelaskan kaedah itu mungkin akan digunakan kerana permintaan air di Lembah Klang dijangka akan lebih meningkat pada masa hadapan.
Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak antara lapan ditahan
Pengarah syarikat dan anak lelakinya adalah antara lapan yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran Sungai Selangor, sebentar tadi.
Diskaun tidak akan selesaikan masalah pencemaran air - MB Selangor
Perbelanjaan itu sepatutnya digunakan untuk menghalang daripada kegiatan sama berulang.
Pencemaran Sungai Selangor: 13 peratus kawasan mula terima bekalan air
Namun, sebanyak 1,130 lagi kawasan lain masih terjejas sehingga proses pemulihan diselesaikan sepenuhnya.