BADUNG: Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau, dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Langkah pertama adalah kerjasama dalam sumber air bersama dengan meningkatkan usaha kolaboratif antara negara, wilayah, sektor, dan pihak berkepentingan, kata Setiausaha Eksekutif ESCAP PBB, Armida Alisjahbana.
"Selain menggerakkan sumber baharu dan mempromosikan inovasi, kerjasama boleh membantu menutup jurang pembiayaan. Perkongsian awam-swasta dalam kecekapan air... boleh membantu," katanya dalam satu sidang akhbar di luar Forum Air Dunia ke-10 di Nusa Dua, Badung, Bali, pada Selasa, lapor ANTARA.
Beliau berkata, tindakan kolaboratif yang menggabungkan agenda mitigasi, adaptasi, dan pengurangan risiko bencana juga boleh membantu mengecilkan jurang pembiayaan.
"Keperluan pembiayaan adaptasi yang belum dipenuhi dianggarkan oleh ESCAP pada US$144.74 bilion setiap tahun, secara purata, untuk Asia dan Pasifik sahaja," katanya.
Langkah kedua untuk mencegah krisis air, menurut Alisjahbana adalah pelaburan dalam sistem data untuk sistem amaran awal bencana.
"Data yang lebih baik untuk sistem amaran awal yang berkesan boleh mengurangkan kerugian bencana sehingga 60 peratus," katanya.
Di bawah arahan kerajaan di rantau Asia-Pasifik, sistem PBB sedang bekerjasama untuk menyampaikan sistem amaran awal pelbagai bahaya.
ESCAP, Pejabat PBB untuk Pengurangan Risiko Bencana (UNDRR), Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), dan Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) semuanya bekerjasama untuk ini.
Sementara itu, Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sedang memetakan simpanan air bawah tanah untuk menyokong perancangan kesiapsiagaan dan adaptasi.
Laporan Air Dunia terkini bertemakan "Air untuk Keamanan dan Kemakmuran" menyatakan bahawa disebabkan perubahan iklim, kekurangan air bermusim dijangka meningkat - bahkan di kawasan yang kini mempunyai banyak air, seperti Afrika Tengah, Asia Timur, dan sebahagian Amerika Selatan. Air akan menjadi lebih terhad di tempat yang sudah kekurangan bekalan.
Menurut data UNICEF, kira-kira 2.2 bilion orang tidak mempunyai akses kepada air minuman selamat, dan separuh daripada populasi global tidak mempunyai akses kepada sanitasi yang selamat.
- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Armida berkata ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau, dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.

Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.

TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.