KUALA LUMPUR:Penggunaan air laut sebagai sumber untuk disalurkan kepada pengguna pada masa hadapan merupakan antara perancangan Air Selangor, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman.
Suhaimi menjelaskan kaedah itu mungkin akan digunakan kerana permintaan air di Lembah Klang dijangka akan lebih meningkat pada masa hadapan.
"Di dalam jangka masa panjang, mungkin 30 atau 40 atau 50 tahun akan datang, di mana ketika itu mungkin permintaan terhadap air di Selangor sangat tinggi, jadi terpaksa kami beralih kepada laut seperti Singapura dan negara-negara di Timur Tengah.
"Kami (Air Selangor) tidak boleh elakkan memang terpaksa dibuat kaedah tersebut tetapi kami akan berusaha untuk memaksimakannya.
"Apa yang kami akan lakukan ialah contohnya air dari kumbahan boleh dirawat dan disalurkan kepada industri bukan untuk minuman tapi untuk kegunaan industri," katanya.
Selain itu, Suhaimi menjelaskan pihak Air Selangor akan menggunakan tasik-tasik pinggiran sungai sebagai teknologi baharu rawatan air sebelum disalurkan kepada pengguna.
Katanya, kaedah itu merupakan perancangan jangka sederhana Air Selangor bagi mengatasi krisis air di Lembah Klang.
"Di dalam jangka sederhana, memang sumber alternatifnya ialah selain air di hulu atau di empangan, kami ada membuat perancangan untuk mengambil lebih ke hilir, umpamanya air di Sungai Klang.
"Air Sungai Klang terus mengalir ke air laut, kami ada perancangan untuk mengambil air Sungai Klang di hilir dan membina loji selepas rawatan melalui tasik-tasik pinggiran sungai.
"Itulah teknologi baharu yang kami gunakan ialah menggunakan tasik-tasik pinggiran sungai sebagai pre-treatment loji rawatan air tersebut," katanya lagi.
Manakala Prof Madya Dr Sumiani Yusoff dari Institut Sains Samudera dan Bumi Universiti Malaya berpendapat isu pencemaran air dan sungai boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa sewenang-wenangnya memberikan sebarang bentuk kelulusan untuk membangunkan kilang berhampiran hulu sungai.
Menurut Dr Sumiani, langkah itu penting bagi memastikan air dan juga sungai tidak tercemar hingga mengganggu pengguna.
"Pihak berkuasa juga perlu memastikan pembangunan dan apa juga yang hendak dilakukan di hulu perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
"Tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya kelulusan operasi atau pembangunan kilang atau industri yang ada potensi untuk mencemarkan sungai.
"Jadi di sini kita faham bahawa ada banyak pihak yang diperlukan untuk bekerjsama untuk memastikan air dan sungai tidak tercemar," katanya.
Suhaimi dan Dr Sumaini berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Agenda AWANI berjudul "Kelestarian dan cabaran menguruskan bekalan air di Lembah Klang".
Astro Awani
Sun Dec 06 2020

Suhaimi menjelaskan pihak Air Selangor akan menggunakan tasik-tasik pinggiran sungai sebagai teknologi baharu rawatan air sebelum disalurkan kepada pengguna. -Gambar Astro AWANI
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.

Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.

Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS
Seorang warga China berdepan denda RM10 juta dan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, atas kesalahan melepaskan buangan bahan kimia ke dalam perairan daratan.

Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.

Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih
Penduduk Kampung Segambut Bahagia lega apabila masalah gangguan bekalan air telah selesai pagi ini apabila bekalan air mula disalurkan sejak jam 8 pagi tadi.

Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus
Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.

Gangguan bekalan air: Empat loji LRA mula beroperasi sepenuhnya
Sehingga jam 6 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9 peratus.

Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.

7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Tujuh wilayah di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Air Selangor catat pendapatan RM2.82 bilion pada 2023
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.82 bilion pada 2023, meningkat 15.1 peratus daripada RM2.45 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya.