Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) akan mengemukakan kertas cadangan dasar mengenai keselamatan dan kebajikan penguatkuasa ketika bertugas kepada pihak kerajaan dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Anis Yusal Yusoff berkata, dasar itu merupakan antara pendekatan julung kali dilakukan institut itu untuk memberi perlindungan kepada penguatkuasa yang melaksanakan tugas dengan penuh integriti.
"Kita tidak ada satu dasar yang nak jaga orang -orang yang mahu menegakkan integriti dalam negara, apa yang kita beri. Memang mereka boleh mengambil tindakan sendiri, namun dalam masa sama dari segi kerajaan apa yang boleh dilakukan.
"Ini permulaan, selepas ini perbincangan mendalam dan mungkin ada kajian. Kertas dasar itu kita akan kemuka kepada kerajaan, bagaimana supaya orang yang berintegriti tidak menjadi mangsa kepada orang yang buat benda tidak baik," katanya dalam sidang media selepas Program Breakfast Talk bertajuk "Dasar Keselamatan dan Kebajikan Pegawai Penguatkuasa Semasa Menjalankan Tugas," di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) di sini hari ini.
Dengan usaha mewujudkan dasar itu katanya, pegawai penguatkuasa dan penyiasat akan diberi perlindungan keselamatan supaya mereka berani untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut.
"Ini penting untuk semua masyarakat bersama membantu negara dan kalau boleh kalau ada orang yang buat ancaman, kita boleh perangi bersama.
"Saya rasa kajian ini tidak lama , hanya ini perlu dilakukan segera sebab kita tidak mahu lagi nyawa terkorban selepas ini. Kalau tidak mampu selesaikan, mungkin boleh kurangkan," ujar beliau.
Kertas cadangan dasar itu adalah hasil perbincangan dan kajian yang diadakan bersama semua agensi kerajaan terutama bahagian penguatkuasaan dan keselamatan.
"Ada 21 agensi penguatkuasaan. Mungkin semua yang laksanakan tugas, terutama yang berisiko nyawa terancam perlu diambil kira, sebab itu dasar itu perlu datang daripada orang atasan.
"Kita ada menteri bertanggungjawab dan beliau akan bentang di Kabinet nanti. Ini perkara baru sebab sambil budayakan integriti, kita kena faham bukan sahaja kita bercakap sahaja, tetapi benda lain pun perlu ditangani," tambahnya.
Beliau juga yakin sistem melalui dasar berkenaan mampu diwujudkan dalam memastikan penguatkuasa melakukan tugas dengan lebih integriti dan masyarakat akan akur dengan pelaksanakan peraturan yang ditetapkan.
Rahimah Abdullah
Thu Jan 21 2016

Menurut Dr Anis dasar itu merupakan antara pendekatan julung kali dilakukan institut itu untuk memberi perlindungan kepada penguatkuasa yang melaksanakan tugas dengan penuh integriti. - Gambar Fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pupuk nilai meraikan kepelbagaian, tangkis eksploitasi isu perkauman - Pengarah UM LEAD
Rakyat Malaysia perlu memupuk nilai meraikan kepelbagaian bagi menangkis usaha pihak-pihak tertentu yang mengeksploitasi isu perkauman untuk meraih sokongan.

Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.

Jangan leka kedudukan CPI, terus berusaha banteras rasuah - GIACC
Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, negara perlu mengekalkan momentum baik itu terutamanya dalam meningkatkan lagi skor atau mata, yang menjadi penentu kepada kedudukan negara dalam indeks berkenaan.

Datuk Dr Anis Yusal Yusoff dilantik KP JITN
Pelantikan Datuk Dr Anis Yusal Yusoff sebagai Ketua Pengarah JITN bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 12 Mac 2018.

PSMB, INTEGRITI meterai MoU tingkatkan integriti syarikat
Trend analisis yang kita ada daripada data yang dikumpulkan membantu kita untuk wujudkan penyelesaian yang lebih baik.

Institut Integriti Malaysia bantu kerajaan negeri gubal pelan integriti
Menerusi program Roadshow INTEGRITI, pihaknya akan membantu kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kerajaan Negeri Kelantan dalam merangka pelan integriti peringkat negeri.

Agong perkenan pelantikan enam anggota EAIC
Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelantikan Datuk A. Aziz A. Rahim sebagai Pengerusi EAIC.

ASEAN - Integriti Dialog
Menghayati nilai-nilai sejagat seperti agama, perilaku dan budaya adalah fokus utama Dialog Integriti ASEAN 2017 (AID 2017) anjuran Institut Integriti Malaysia (Integriti), Khamis ini.

INTEGRITI cadang dasar perlindungan penguatkuasa semasa bertugas
Dasar itu merupakan antara pendekatan julung kali dilakukan institut itu untuk memberi perlindungan kepada penguatkuasa yang melaksanakan tugas dengan penuh integriti.

Kerajaan tidak iktiraf UEC kerana kepentingan politik - Pakar
Pendirian kerajaan yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dilihat satu keputusan yang lebih berasaskan kepentingan politik.