Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) akan membantu kerajaan-kerajaan negeri membangunkan pelan integriti negeri masing-masing bagi mewujudkan pendekatan lebih efektif dalam memupuk budaya berintegriti tinggi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, menerusi program Roadshow INTEGRITI, pihaknya akan membantu kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kerajaan Negeri Kelantan dalam merangka pelan integriti peringkat negeri.
Dilancarkan Ogos lalu, program itu bertujuan membawa agenda budaya berintegriti ke peringkat negeri dan seterusnya daerah.
Menurut Anis, INTEGRITI juga akan membantu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menggubal Pelan Integriti Organisasi Pejabat SUK.
"INTEGRITI juga akan membantu Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mengkoordinasi dan memantau agensi-agensi pelaksana dalam menjayakan pelaksanaan program dan aktiviti integriti di negeri masing-masing," katanya selepas majlis perasmian program Roadshow INTEGRITI Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.
Menerusi Roadshow INTEGRITI, segala maklumat berkaitan isu integriti di peringkat negeri akan dimuat naik dalam sistem yang dinamakan sebagai Dashboard INTEGRITI.
Ia merupakan satu paparan dalam bentuk pembangunan analisa yang berinformatif dan interaktif.
Pada masa sama, produk dan instrumen yang dibangunkan oleh INTEGRITI turut diperkenalkan, iaitu Instrumen Penilaian Integriti (IAT), Profil Integriti Malaysia (MIP), Pelan Integriti Organisasi (PIO) dan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (PIBK) serta Modul Integriti Prasekolah (MIPs).
Program hari ini yang berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.
Beliau diwakili oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Adnan Hussin.
Roadshow INTEGRITI peringkat Kelantan diadakan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Ia merupakan salah satu mekanisme INTEGRITI untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri menjayakan agenda pembudayaan, penghayatan dan pengukuhan integriti selaras dengan Pelan Integriti Nasional (PIN), di mana ia dapat memberi gambaran yang jelas dalam perencanaan program atau aktiviti integriti agar lebih tersusun, terarah dan sistematik serta meninggalkan kesan dan impak yang menyeluruh ke atas kumpulan sasaran.
Selain Kelantan, program itu telah diadakan di Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Perlis.
Dalam pada itu, Adnan berkata, susulan program Roadshow INTEGRITI hari ini, kerajaan negeri akan membangunkan Pelan Integriti Negeri Kelantan dan juga Pelan Integriti Pejabat SUK Kelantan bagi membolehkan agensi-agensi kerajaan negeri mempunyai Pelan Integriti Organisasi masing-masing.
"Selepas itu, kami akan menggunakan instrumen-instrumen yang dibangunkan oleh INTEGRITI seperti Profil Integriti Malaysia bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti dan menangani kes-kes pelanggaran integriti.
"Kami berharap dengan ini akan dapat mencapai sifar kes pelanggaran integriti. Itu harapan kami," kata Anis kepada wartawan.
Katanya, beliau yakin bahawa kehadiran peserta daripada pelbagai lapangan akan mencetuskan idea bernas dalam mengatasi kemerosotan integriti dalam kalangan masyarakat.
"Dengan pengenalan kepada Dashboard INTEGRITI, yang mana boleh dilihat pada 'real time', sudah pasti akan dapat memberikan banyak faedah dan membantu perancangan program di masa hadapan agar lebih inklusif dan holistik," katanya.
Astro Awani
Mon Feb 05 2018

Anis (kanan) memberi penerangan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan) Datuk Adnan Hussin mengenai instrumen yang dibangunkan oleh INTEGRITI selepas majlis di Kota Bharu hari ini. Foto Institut Integriti Malaysia

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Pupuk nilai meraikan kepelbagaian, tangkis eksploitasi isu perkauman - Pengarah UM LEAD
Rakyat Malaysia perlu memupuk nilai meraikan kepelbagaian bagi menangkis usaha pihak-pihak tertentu yang mengeksploitasi isu perkauman untuk meraih sokongan.

Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.

Jangan leka kedudukan CPI, terus berusaha banteras rasuah - GIACC
Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, negara perlu mengekalkan momentum baik itu terutamanya dalam meningkatkan lagi skor atau mata, yang menjadi penentu kepada kedudukan negara dalam indeks berkenaan.

Datuk Dr Anis Yusal Yusoff dilantik KP JITN
Pelantikan Datuk Dr Anis Yusal Yusoff sebagai Ketua Pengarah JITN bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 12 Mac 2018.

PSMB, INTEGRITI meterai MoU tingkatkan integriti syarikat
Trend analisis yang kita ada daripada data yang dikumpulkan membantu kita untuk wujudkan penyelesaian yang lebih baik.

Institut Integriti Malaysia bantu kerajaan negeri gubal pelan integriti
Menerusi program Roadshow INTEGRITI, pihaknya akan membantu kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kerajaan Negeri Kelantan dalam merangka pelan integriti peringkat negeri.

Agong perkenan pelantikan enam anggota EAIC
Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelantikan Datuk A. Aziz A. Rahim sebagai Pengerusi EAIC.

ASEAN - Integriti Dialog
Menghayati nilai-nilai sejagat seperti agama, perilaku dan budaya adalah fokus utama Dialog Integriti ASEAN 2017 (AID 2017) anjuran Institut Integriti Malaysia (Integriti), Khamis ini.

INTEGRITI cadang dasar perlindungan penguatkuasa semasa bertugas
Dasar itu merupakan antara pendekatan julung kali dilakukan institut itu untuk memberi perlindungan kepada penguatkuasa yang melaksanakan tugas dengan penuh integriti.

Kerajaan tidak iktiraf UEC kerana kepentingan politik - Pakar
Pendirian kerajaan yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dilihat satu keputusan yang lebih berasaskan kepentingan politik.