Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan enam anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Nov lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berhubung pelantikan anggota suruhanjaya itu, berkata Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelantikan Datuk A. Aziz A. Rahim sebagai Pengerusi EAIC.
"Pelantikan ini adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam dan perundangan negara," katanya.
Antara jawatan penting yang pernah dipegang A. Aziz ialah Pakar Penasihat Jabatan Peguam Negara (2016-2017), Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia (2012-2016), Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2009-2012) dan Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak (2004-2009).
Najib berkata Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan pelantikan semula tiga anggota EAIC iaitu Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Lee Sow Siong dan Leong May Chan serta dua pesuruhjaya baharu iaitu Datuk Sabariah Hassan dan James Deva Nayagam Gnanaratnam.
Beliau berkata pelantikan enam anggota EAIC itu adalah mengikut Subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.
Bagi pihak kerajaan, Perdana Menteri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam serta bekas pesuruhjaya iaitu Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan, Datuk Seri Robert Jacob Ridu dan Vinayak Prabhakar Prabhakar yang melengkapkan perkhidmatan mereka di EAIC pada 14 Okt lalu.
"Barisan mantan anggota-anggota suruhanjaya ini telah berjaya meningkatkan kredibiliti dan keberkesanan EAIC di mata rakyat. EAIC kini sudah mula mendapat kepercayaan dan keyakinan yang kukuh daripada pelbagai pihak melalui siasatan suruhanjaya yang telus dan berkredibel," kata Najib.
"Diharapkan kerjasama yang berterusan akan terus diberikan oleh agensi-agensi penguatkuasaan, badan-badan bukan kerajaan khususnya orang ramai dalam membantu suruhanjaya ini melaksanakan fungsinya dengan efektif dan efisien," katanya lagi.
Najib dalam pada itu berharap pelantikan anggota suruhanjaya tersebut akan dapat memperkukuhkan lagi hala tuju EAIC dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan adil sekali gus memartabatkan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2017
Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan pelantikan semula tiga anggota EAIC iaitu Datuk Dr Anis Yusal Yusoff (gambar), Lee Sow Siong dan Leong May Chan. - Gambar fail
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Agong perkenan pelantikan enam anggota EAIC
Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelantikan Datuk A. Aziz A. Rahim sebagai Pengerusi EAIC.