Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan memaklumkan kebakaran yang melibatkan bahan sisa domestik dan binaan itu meliputi kawasan seluas 464 meter persegi dan setakat hari ini status kebakaran berjaya dipadam sebanyak 55 peratus dengan usaha memadamkan masih diteruskan.
"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadamkan kebakaran berkenaan menggunakan kaedah direct attact satu aliran sejauh 1,400 kaki dengan empat pancutan dan turut memanfaatkan sumber air dari anak sungai berhampiran dalam usaha pemadaman.
"Dua jentera pengorek turut membantu melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan kaedah korek dan gaul bagi mempercepatkan operasi pemadaman," menurut kenyataan itu dan menambah pemantauan darat serta udara di lokasi juga dilakukan.
Menurut kenyataan itu, hasil maklumat yang diterima status tanah tersebut merupakan hak milik persendirian.
-- BERNAMA