Kejadian itu yang bermula kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan, memusnahkan rumah mangsa dan dua rumah jiran.
Bernama
Sat Mar 08 2025
Menurut Biro Perlindungan Kebakaran, kejadian itu yang bermula kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan, memusnahkan rumah mangsa dan dua rumah jiran. - Foto hiasan
MANILA: Sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun terbunuh dalam kebakaran yang memusnahkan sekurang-kurangnya tiga rumah di Iloilo City, di tengah Filipina, pada awal pagi Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut Biro Perlindungan Kebakaran, kejadian itu yang bermula kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan, memusnahkan rumah mangsa dan dua rumah jiran.
Mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan di tingkat dua, sambil menambah ia masih menyiasat punca kebakaran, menurut biro itu.