Presiden dan ketua eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Anis Yusal Yusoff dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata pelantikan bagi tempoh dua tahun itu berkuat kuasa mulai 12 Mac 2018.
"Pelantikan ini sangat penting. Beliau akan bekerjasama rapat dengan menteri yang bertanggungjawab bagi memastikan JITN memainkan peranan berkesan dalam menerajui usaha transformasi sektor awam dan swasta, dengan memberi fokus terhadap integriti, tadbir urus baik dan hak asasi manusia.
"Saya menyambut baik pelantikan itu kerana beliau (Anis) berpengalaman luas dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kedudukan sebelum ini. Kami telah bekerjasama rapat berkaitan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik," katanya kepada Bernama hari ini.
Anis pernah menganggotai beberapa majlis penasihat kebangsaan berkaitan rasuah, kepenggunaan, perpaduan negara dan integriti. Beliau juga adalah seorang pesuruhjaya dalam Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.
Selain itu, beliau pernah berkhidmat selama lebih 10 tahun dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) dan di ibu pejabat Sukarelawan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNV) di Bonn, Jerman.
Anis juga pernah menjadi anggota Panel Penasihat bagi Perundingan dan Pencegahan Rasuah di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta menyandang kedudukan sebagai Ketua Felo di Institut Pengajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, yang bertanggung jawab membangunkan KITA-MESRA, sistem amaran awal bagi mengurus potensi tercetusnya konflik etnik.
Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat dan Teknologi dari Syracuse University, Syracuse, New York.
Sementara itu, menurut Low, JITN merupakan suatu pendekatan holistik dan lestari yang diguna pakai kerajaan bagi mengubah set minda dan persepsi rakyat tentang integriti dan rasuah.
"JITN akan memberi tumpun terhadap isu berkaitan tender dan perolehan, prosedur pemberi maklumat, keperluan memperkasakan teknologi bagi mengurangkan intervensi manusia serta meningkatkan ketampakan dan ketelusan urus niaga."
"Kami perlu lakukan perubahan terhadap budaya dan set minda perkhidmatan awam juga. Setiap peringkat perkhidmatan awam perlu mengubah set minda mereka supaya orang ramai akan menjadikan integriti sebagai keutamaan mereka," katanya.
JITN dinaik taraf daripada Bahagian Integriti dan Tadbir urus Baik di bawah Jabatan Perdana Menteri kepada sebuah jabatan penuh.
Penubuhan JITN diluluskan kabinet pada 28 Julai tahun lepas, sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan untuk menginstitusikan inisiatif pematuhan dalam bidang tadbir urus, integriti dan hak asasi manusia.
Jabatan itu ditubuhkan untuk menerajui usaha mentransformasi perubahan bagi membina keupayaan institusi, terutama dalam kalangan penjawat awam, memacu perubahan dasar dan memantapkan lagi proses kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 10 2018

Pelantikan bagi tempoh dua tahun itu berkuat kuasa mulai 12 Mac 2018.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pupuk nilai meraikan kepelbagaian, tangkis eksploitasi isu perkauman - Pengarah UM LEAD
Rakyat Malaysia perlu memupuk nilai meraikan kepelbagaian bagi menangkis usaha pihak-pihak tertentu yang mengeksploitasi isu perkauman untuk meraih sokongan.

Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.

Jangan leka kedudukan CPI, terus berusaha banteras rasuah - GIACC
Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, negara perlu mengekalkan momentum baik itu terutamanya dalam meningkatkan lagi skor atau mata, yang menjadi penentu kepada kedudukan negara dalam indeks berkenaan.

Datuk Dr Anis Yusal Yusoff dilantik KP JITN
Pelantikan Datuk Dr Anis Yusal Yusoff sebagai Ketua Pengarah JITN bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 12 Mac 2018.

PSMB, INTEGRITI meterai MoU tingkatkan integriti syarikat
Trend analisis yang kita ada daripada data yang dikumpulkan membantu kita untuk wujudkan penyelesaian yang lebih baik.

Institut Integriti Malaysia bantu kerajaan negeri gubal pelan integriti
Menerusi program Roadshow INTEGRITI, pihaknya akan membantu kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kerajaan Negeri Kelantan dalam merangka pelan integriti peringkat negeri.

Agong perkenan pelantikan enam anggota EAIC
Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelantikan Datuk A. Aziz A. Rahim sebagai Pengerusi EAIC.

ASEAN - Integriti Dialog
Menghayati nilai-nilai sejagat seperti agama, perilaku dan budaya adalah fokus utama Dialog Integriti ASEAN 2017 (AID 2017) anjuran Institut Integriti Malaysia (Integriti), Khamis ini.

INTEGRITI cadang dasar perlindungan penguatkuasa semasa bertugas
Dasar itu merupakan antara pendekatan julung kali dilakukan institut itu untuk memberi perlindungan kepada penguatkuasa yang melaksanakan tugas dengan penuh integriti.

Kerajaan tidak iktiraf UEC kerana kepentingan politik - Pakar
Pendirian kerajaan yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dilihat satu keputusan yang lebih berasaskan kepentingan politik.