ALOR SETAR: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan pada mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Pumpong berdekatan Medan Selera Pumpong di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, hasil pemeriksaan terhadap kejadian dan bahagian luaran tubuh mangsa yang dikenali sebagai A Anbarasan, 50-an, itu, tiada kesan mengaitkan perbuatan jenayah.
Menurutnya, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian lelaki berkenaan akibat lemas dan mangsa dipercayai meninggal dunia antara tempoh 8.30 pagi hingga 1 petang.
"Lebih kurang jam 1.30 petang Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima maklumat daripada orang awam mengenai mayat ditemui terapung dalam sungai belakang tempat kerjanya sebelum ke lokasi kejadian.
"Hasil siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia disyaki lemas di tempat kejadian sebelum mayat dibawa keluar dari sungai dengan bantuan anggota bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: Identiti mayat terapung dikenal pasti, tiada unsur jenayah
Beliau berkata, kakak mangsa memaklumkan bahawa adik lelakinya yang masih bujang didapati tinggal bersama dengan keluarga adik kandung mereka di Taman Golf di sini.
"Kakaknya bertemu kali terakhir dengan lelaki itu lebih kurang jam 8.30 malam pada Jumaat di rumahnya. Mangsa disedari waris tiada di rumah pada jam 8.30 pagi keesokan harinya," katanya.
Ahmad Shukri berkata, mereka mencari mangsa di merata tempat sehinggalah dimaklumkan penemuan mayat lelaki lemas di sungai terbabit.
Menurutnya, kakaknya mengesahkan mayat tersebut adalah adik kandungnya melalui pengecaman.
Sinar Harian
Sat Mar 27 2021
![Identiti mayat terapung dikenal pasti, tiada unsur jenayah Identiti mayat terapung dikenal pasti, tiada unsur jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616887495_Mayatterapung.jpg)
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemukan dalam Sungai Pumpong di Alor Setar pada Sabtu. - Foto ihsan JBPM Kedah
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736391001_TBmayat.jpg)
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara
Hasil siasatan awal mendapati identiti mangsa tidak diketahui identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.
![Lelaki hilang ketika memukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas Lelaki hilang ketika memukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733736683_tbKeslemasKedah.jpg)
Lelaki hilang ketika memukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas
Lelaki yang hilang dihanyutkan arus ketika memukat ikan di Sungai Tajar di sini, semalam ditemui lemas hari ini.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732741231_mayatlelakiTanjo.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai
Hasil pemeriksaan mendapati mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu dalam keadaan terlangkup di lokasi berkenaan.
![Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727165779_mayat.jpg)
Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.
![Keseronokan 12 remaja mandi sungai berakhir dengan tragedi Keseronokan 12 remaja mandi sungai berakhir dengan tragedi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728646646_StudentLemas.jpg)
Keseronokan 12 remaja mandi sungai berakhir dengan tragedi
Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di sungai berhampiran Kampung Sungai Semungkis, di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas tersepit di celah batu.
![Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725852101_AziziMatAris.jpg)
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
![Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam kereta, tiada unsur jenayah - Polis Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam kereta, tiada unsur jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640021415_TBINDIARAPE.jpg)
Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam kereta, tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes penemuan mayat seorang pemuda warga asing berumur 19 tahun dalam sebuah kereta.
![Mayat terakhir banjir kilat di Ternate, Indonesia ditemukan Mayat terakhir banjir kilat di Ternate, Indonesia ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725250450_tbflashfloodsRuav.jpg)
Mayat terakhir banjir kilat di Ternate, Indonesia ditemukan
Mayat itu ditemukan kira-kira 7 malam, menandakan berakhirnya usaha mencari mangsa sejak bencana melanda kampung Rua pada 25 Ogos lepas.
![Kapal mewah karam: Mayat Mike Lynch, anak ditemukan Kapal mewah karam: Mayat Mike Lynch, anak ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724296899_superyacht.jpg)
Kapal mewah karam: Mayat Mike Lynch, anak ditemukan
Angka kematian tragedi kapal layar karam di Itali meningkat kepada enam selepas anggota penyelamat menemukan lima lagi mangsa pada Rabu.
![Kapal mewah karam: Empat mayat ditemui Kapal mewah karam: Empat mayat ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724281279_ItalyBoatersMissin.jpg)
Kapal mewah karam: Empat mayat ditemui
Mayat dibawa ke darat menggunakan bot penyelamat sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk proses pengecaman.