KUANTAN: Ibu enam anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan menggunakan gelaran tidak diiktiraf.
Tertuduh, Sabariah Hashim, 45 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.
Tertuduh didakwa telah menggunakan gelaran dan panggilan 'Datuk Seri Bakti Setia Temasek' yang merupakan anugerah luar yang tidak diiktiraf.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, jam 3.30 petang pada 28 April lalu.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Kasim menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, Mohd Azahari Mat Asin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh, meminta wang jaminan dikurangkan atas alasan menyara enam anak dan seorang ibu yang sudah tua.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Astro Awani
Tue May 18 2021
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan. - Astro AWANI
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pekadin cadang jawatan Ketua Menteri Sabah guna gelaran 'Premier'
Presiden Pekadin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan DUN Sabah pada Mac ini untuk dibincang secara teliti.
Klopp optimis Liverpool sekali lagi mampu cabar empat gelaran
Klopp percaya Liverpool akan menuju ke musim 2022-23 'seyakin mungkin' tentang prospek mencabar di semua kejuaraan sekali lagi.
Ibu enam anak didakwa guna gelaran 'Datuk Seri' tidak diiktiraf
Tertuduh didakwa menggunakan gelaran dan panggilan 'Datuk Seri Bakti Setia Temasek' yang merupakan anugerah luar yang tidak diiktiraf.
Gelaran 'Datuk Seri' Nicky Liow, 'Datuk' Liow Wei Loon ditarik balik serta-merta
Keputusan itu atas titah Yang di Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dua NGO buat laporan polis dakwa Sanjeevan hina Raja-raja Melayu
Ia atas dasar mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dari terus dipermainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak ditangguhkan
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata istiadat itu akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP
DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) minggu depan bagi membincangkan pengurniaan darjah dan bintang kebesaran yang diterima anggota parti itu.
Farid Kamil, Aaron Aziz terima gelaran Datuk
Pelakon Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang.
Badminton: Jia Wei raih gelaran sulung antarabangsa
Pemain muda negara, Tan Jia Wei meraih gelaran sulung di pentas antarabangsa selepas menjuarai kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland di Warsaw, Poland pada Ahad.
Selangor tarik balik gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ibrahim
Darjah Kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar Ibrahim telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November lalu.