KUANTAN: Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam membasmi masalah sosial yang semakin membimbangkan selain memantau aktiviti dan mengenal pasti rakan terdekat anak mereka, titah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seri Paduka bertitah isu disiplin dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dalam kalangan kanak-kanak dan remaja juga harus diberi perhatian.
Baginda bertitah perhatian dan kasih sayang perlu diberikan kepada anak-anak supaya mereka tidak rasa tersisih dan membawa haluan sendiri, malah bimbingan dan didikan agama yang mantap juga perlu dititipkan kerana ia mampu membentuk sahsiah yang baik.
"Murid perlu mempunyai sahsiah dan jati diri yang baik dengan mengamalkan nilai murni seperti menghormati dan mendengar nasihat ibu bapa, guru serta orang yang berpengalaman.
"Setiap kali saya datang ke sekolah ini saya mesti nasihatkan ibu bapa, sekolah juga harus memainkan peranan...saya begitu tegas dengan anak-anak, mereka mesti masuk tidur awal...kerana cukup tidur buatkan segar dan boleh tumpu ketika belajar di dalam kelas," titah baginda semasa berucap pada Majlis Aspresiasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah Ke-18 Tahun 2022 di Indera Mahkota di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Pengarah Pendidikan Negeri Mohammad Rosli Abdul Rahman dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah Sharipah Hadibah Habib Noh.
Pada majlis itu, Seri Paduka turut mencemar duli mengurniakan 111 anugerah kecemerlangan dan 10 anugerah Tokoh Murid selain berkenan meluangkan masa melawat pameran dan menyaksikan persembahan tarian serta bicara berirama.
Tunku Azizah juga menitahkan agar sekolah di Pahang dinaik taraf demi kebaikan dan keselesaan pelajar.
"Kita semua tahu tanpa pendidikan, rakyat dan negara tidak boleh maju serta melalui pendidikan sahaja kita boleh hapuskan kemiskinan, jadi saya minta dan harap menteri dapat tunaikan permohonon negeri Pahang ini," titah baginda.
Raja Permaisuri Agong juga berharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak kepimpinan sekolah terus berganding bahu bagi meningkatkan prestasi dan keberhasilan murid.
Baginda turut menzahirkan rasa sukacita dengan prestasi kecemerlangan akademik dan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah meskipun berhadapan suasana pandemik COVID-19 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023
![Ibu bapa, guru perlu main peranan basmi masalah sosial - Permaisuri Agong Ibu bapa, guru perlu main peranan basmi masalah sosial - Permaisuri Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674985680_TBAZIZAHAMINAHKUANTA.jpg)
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bertitah pada Majlis Apresiasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah kali ke-18, hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Rabu – 17 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718269988_TBNORAINIAHMAD.jpg)
Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, terutamanya autisme, diminta tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.
![Dituduh atau bebas? Lusa nasib ibu bapa Zayn Rayyan terjawab Dituduh atau bebas? Lusa nasib ibu bapa Zayn Rayyan terjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718096149_KesZaynRayyan.jpg)
Dituduh atau bebas? Lusa nasib ibu bapa Zayn Rayyan terjawab
Seluruh negara kini sedang menungggu sama ada ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, akan dituduh di mahkamah atau dibebaskan dengan jaminan polis lusa.
![Kawasan rumah Zayn Rayyan tenang, penduduk minta netizen jangan komen 'macam-macam' Kawasan rumah Zayn Rayyan tenang, penduduk minta netizen jangan komen 'macam-macam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718090515_rumahzaynrayyan.jpg)
Kawasan rumah Zayn Rayyan tenang, penduduk minta netizen jangan komen 'macam-macam'
Kawasan sekitar kediaman keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai, kelihatan tenang dan terkawal pada Selasa, tanpa ada anggota polis berkawal di sana.
![Kediaman keluarga Zayn Rayyan sekali lagi jadi tumpuan Kediaman keluarga Zayn Rayyan sekali lagi jadi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718014300_ZaynRayyan.jpg)
Kediaman keluarga Zayn Rayyan sekali lagi jadi tumpuan
Kediaman keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini sekali lagi menjadi tumpuan.
![Siasatan kes Zayn Rayyan di peringkat akhir? Siasatan kes Zayn Rayyan di peringkat akhir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718009298_ibuZaynRayyanApa.jpg)
Siasatan kes Zayn Rayyan di peringkat akhir?
Benarkah kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin sudah berada pada episod akhir?
![Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan esok Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713736324_HusseinOmarKhan.jpg)
Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan esok
Polis akan membuat permohonan untuk menyambung reman terhadap pasangan itu selepas tempoh reman tamat pada Jumaat.
![Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717216800_imantroye.jpg)
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
![Ibu bapa perlu kawal emosi, bimbing anak tuju kejayaan Ibu bapa perlu kawal emosi, bimbing anak tuju kejayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716783324_tbPelajarSekolahMe.jpg)
Ibu bapa perlu kawal emosi, bimbing anak tuju kejayaan
Mohd Nzri berkata, ibu bapa perlu bimbing anak untuk menjejaki laluan yang membuka pintu kejayaan buat mereka.
![Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716537874_ParentsHandKids.jpg)
Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi
Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun sebagai cara menzahirkan kasih sayang.
![Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713874722_NancyShukri.jpg)
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.