Sebelum ini, pemain tengah berusia 29 tahun itu digembar-gemburkan untuk menjadi antara calon utama pemain berdarah warisan buat Harimau Malaya.
Bagaimanapun, Brownhill, dalam satu kiriman Instagram Story sebentar tadi, berkata dia hanya memiliki kewarganegaraan England dan tiada kaitan dengan Malaysia.
"Hanya mahu menjelaskan mengenai situasi berkenaan khabar angin yang bertebaran.
"Malangnya, satu-satunya kewarganegaraan saya adalah Inggeris dan saya bukan warga Malaysia seperti yang sesetengah orang sangka.
"Saya tidak pasti bagaimana ia bermula tetapi saya mahu menjelaskannya.
"Bagaimanapun, terima kasih atas sokongan tidak kira apa juanya," katanya. - Stadium Astro